Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian VI
38. Pelantikan dan kuasa pegawai Suruhanjaya
Feedback & supportSuruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan pegawai
Suruhanjaya yang difikirkannya perlu untuk menjalankan kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang persaingan.
Bagi maksud sesuatu penyiasatan di bawah undang-undang persaingan, Suruhanjaya boleh melantik pekerjanya atau mana-mana orang lain untuk menjadi pegawai Suruhanjaya.
Seseorang pegawai Suruhanjaya yang bukan pekerja
Suruhanjaya hendaklah tertakluk pada obligasi kerahsiaan di bawah seksyen 43, dan hendaklah menikmati perlindungan dan tanggung rugi sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta ini atau undang-undang bertulis lain yang terpakai bagi seseorang pekerja
Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Seseorang pegawai Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan tentang apa-apa kesalahan atau pelanggaran di bawah undang-undang persaingan.