Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja Suruhanjaya
21. Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif
Feedback & supportMenteri boleh melantik secara sementara mana-mana pekerja
Suruhanjaya untuk bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif selama tempoh apabila—
jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong;
Ketua Pegawai Eksekutif tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau
Ketua Pegawai Eksekutif, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan fungsinya.
Suruhanjaya Persaingan 21
Sekiranya jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong selama lebih daripada enam bulan, Menteri hendaklah melantik orang lain untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, dan dengan pelantikan itu, Ketua Pegawai Eksekutif sebelumnya hendaklah terhenti daripada memegang jawatan itu.