Skip to content

Seksyen 18A

Tatacara jawatankuasa Lembaga

of Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993

ActIn forceProvision 29 of 47
Seksyen 18A
(1)

Jawatankuasa Lembaga boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia

36

Undang-Undang Malaysia tatacaranya sendiri dan, dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa Lembaga itu oleh Lembaga.

(2)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 18 hendaklah diadakan pada bila-bila masa, di mana-mana tempat dan dengan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa Lembaga, tertakluk kepada subseksyen (1).

(3)

Jawatankuasa Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa

Lembaga bagi maksud menasihati jawatankuasa Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang yang diundang sedemikian tidak berhak mengundi pada mana-mana mesyuarat itu.

(4)

Anggota sesuatu jawatankuasa Lembaga atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri apa-apa mesyuarat sesuatu jawatankuasa Lembaga boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.