Seksyen 19
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat
of Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993
ActIn forceProvision 30 of 47
Seksyen 19
(1)
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan am kepada Suruhanjaya yang tidak tidak konsisten dengan Akta ini berhubungan dengan fungsi Suruhanjaya dan arahan itu hendaklah mengikat Suruhanjaya.
(2)
Suruhanjaya hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat mengenai pelaksanaan mana-mana fungsinya di bawah undang-undang sekuriti sebagaimana yang dikehendaki oleh
Menteri dari semasa ke semasa.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 37