Seksyen 18
Jawatankuasa Lembaga
of Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993
Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa, mengikut apa-apa bentuk dan dengan apa-apa jua nama dipanggil, sebagaimana yang didapati patut atau perlu bagi membantu Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah undang-undang sekuriti.
(2)
Jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh terdiri daripada—
(a)
mana-mana anggota Lembaga; dan
(b)
mana-mana orang lain, sebagaimana yang dilantik oleh Lembaga.
(2A)
Dalam melantik seseorang di bawah perenggan (2)(b),
Lembaga hendaklah mengambil kira integriti, reputasi, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman orang itu, yang akan membolehkannya melaksanakan fungsinya sebagai anggota jawatankuasa Lembaga itu.
(2B)
Fungsi jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah ditentukan oleh Lembaga.
(3)
(Dipotong oleh Akta A1489).
(4)
(Dipotong oleh Akta A1489).
(5)
(Dipotong oleh Akta A1489).
(6)
(Dipotong oleh Akta A1489).
(7)
(Dipotong oleh Akta A1489).