Skip to content

Seksyen 4B

Pengerusi dan Timbalan Ketua Eksekutif

of Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993

ActIn forceProvision 14 of 47
Seksyen 4B
(1)

Pengerusi akan diamanahkan dengan pentadbiran dan pengurusan harian

Suruhanjaya dan boleh, melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang bertulis lain, menjalankan segala kuasa dan melakukan segala perbuatan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh

Suruhanjaya di bawah undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

(2)

Semasa ketiadaan Pengerusi atau ketidakupayaan Pengerusi untuk bertindak atas apa-apa sebab, Timbalan Ketua Eksekutif hendaklah menjalankan fungsi Pengerusi.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), dalam hal apabila Timbalan

Ketua Eksekutif itu tiada atau tidak berupaya untuk bertindak atas apa-apa sebab, seorang anggota kanan pengurusan Suruhanjaya yang ditentukan oleh Lembaga hendaklah menjalankan fungsi Pengerusi.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1), Pengerusi boleh membawa apa-apa perkara berhubung dengan fungsi Suruhanjaya kepada Lembaga untuk pertimbangtelitian atau arahan, jika difikirkannya perlu.