Seksyen 5
Kehilangan kelayakan anggota Lembaga
of Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993
Tiada seorang pun boleh dilantik atau terus kekal menjadi anggota Lembaga jika dia—
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 27
(a)
ialah atau menjadi seorang pegawai sepenuh masa di mana-mana syarikat awam tersenarai;
(b)
ialah atau menjadi seorang pegawai atau pengarah suatu entiti yang dilesenkan, didaftarkan, diiktiraf atau diluluskan di bawah undang-undang sekuriti;
(c)
ialah atau menjadi seorang anggota Dewan Negara atau
Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan;
(d)
telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang melibatkan fraud, kecurangan, rasuah atau keganasan;
(e)
ialah atau menjadi seorang bankrap atau menggantung pembayaran atau mencapai penyelesaian dengan pemiutangnya; atau
(f)
terlibat atau menjadi terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh mengganggu kebebasannya dalam melaksanakan fungsinya.
(2)
Larangan dalam perenggan (1)(a) tidak terpakai bagi anggota
Lembaga daripada Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan.