Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011 · As enacted
3. Pindaan seksyen 15
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Subseksyen 15(1) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan
“niaga hadapan” dengan perkataan “derivatif”;
Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“kontrak niaga hadapan” dengan perkataan “derivatif”;
dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut:
“(e) memajukan dan mengawal selia segala perkara yang berhubungan dengan pengurusan kumpulan wang, termasuklah skim unit amanah;”;
dalam perenggan (g), dengan menggantikan perkataan
“niaga hadapan” dengan perkataan “derivatif”;
dalam perenggan (i), dengan menggantikan perkataan
“perdagangan kontrak niaga hadapan, dan pemberian nasihat pelaburan atau perkhidmatan-perkhidmatan lain berhubungan dengan sekuriti atau kontrak niaga hadapan” dengan perkataan “berniaga dalam derivatif, dan pemberian nasihat pelaburan atau perkhidmatan lain berhubungan dengan sekuriti atau derivatif”;
dalam perenggan (j), dengan menggantikan perkataan
“kontrak niaga hadapan” dengan perkataan “derivatif”;
dalam perenggan (k), dengan menggantikan perkataan
“niaga hadapan” dengan perkataan “derivatif”;
dalam perenggan (l), dengan menggantikan perkataan
“niaga hadapan” dengan perkataan “derivatif”;
dengan menggantikan perenggan (m) dengan perenggan yang berikut:
“(m) melesenkan, mendaftarkan, membenarkan dan mengawasi semua orang yang melibatkan diri dalam aktiviti terkawal atau menyediakan perkhidmatan pasaran modal sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang sekuriti;”;
dalam perenggan (n), dengan menggantikan perkataan
“niaga hadapan; dan” dengan perkataan “derivatif;”;
Undang-Undang Malaysia 6
dalam perenggan (o)—
dengan memasukkan selepas perkataan “mendaftar”
perkataan “atau mengiktiraf”; dan
dengan menggantikan noktah di hujung perenggan dengan koma bernoktah; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (o) perenggan yang berikut:
“(p) mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengawasi, mengurangkan dan menguruskan risiko sistemik yang berbangkit daripada pasaran sekuriti dan derivatif;
menggalakkan dan mengawal selia tadbir urus korporat dan piawaian perakaunan diluluskan untuk syarikat tersenarai; dan
menentukan dan meluluskan piawaian kelayakan profesional bagi pasaran sekuriti dan derivatif.”.