Skip to content

Seksyen 32

Pindaan seksyen 159

of Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011

Amendment ActIn forceProvision 32 of 34
Seksyen 32

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 159 dengan seksyen yang berikut:

“159.  (1)  Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat untuk—

(a)

memberikan kesan sepenuhnya kepada peruntukan undang-undang sekuriti;

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

(b)

menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud undang-undang sekuriti; atau

(c)

melaksanakan selanjutnya, dengan lebih baik atau lebih mudah mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat untuk memperuntukkan ketidakpakaian mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti ke atas mana-mana orang yang ditentukan atau mana-mana orang yang merupakan anggota suatu golongan orang yang ditentukan, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan.”.

Seksyen baru 159a