Akta Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2026 · As enacted
24. Pindaan seksyen 47
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 47 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Permohonan bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Penyedia latihan kemahiran yang berdaftar di bawah seksyen 34 boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran kepada Perbadanan untuk pelatih-pelatih yang menjalani latihan kemahiran atau latihan lain yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran dalam suatu program latihan kemahiran yang diluluskan.”;
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan
“atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“permohonan pinjaman latihan kemahiran” dengan perkataan “permohonan bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan
Undang-Undang Malaysia 14
dalam subseksyen (8), dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan
“atau bantuan kewangan latihan kemahiran”.