Amendment Act · As enacted
Akta Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2026
Amends the Skills Development Fund Act 2004Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tabung Pembangunan
Kemahiran (Pindaan) 2026.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
s 2Pindaan seksyen 2
Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 [Akta 640], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dengan memotong takrif “inspektor”;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
(PINDAAN) 2026
Undang-Undang Malaysia 4
dengan memasukkan sebelum takrif “jawatankuasa” takrif yang berikut:
‘ “bantuan kewangan latihan kemahiran” ertinya apa-apa wang atau pemberian atau apa-apa bentuk bantuan kewangan lain yang diluluskan dan dibayar oleh Perbadanan kepada pelatih di bawah Akta ini bagi maksud latihan kemahiran atau latihan lain selain pinjaman latihan kemahiran;’;
dengan memasukkan selepas takrif “Ketua Eksekutif”
takrif yang berikut:
‘ “Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran”
ertinya Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran yang dilantik di bawah Akta Pembangunan Kemahiran
Kebangsaan 2006 [Akta 652];’;
dengan memotong takrif “Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan”;
dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:
‘ “pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam atau pegawai Perbadanan yang diberi kuasa di bawah seksyen 71b;’:
dalam takrif “pelatih”, dengan memasukkan selepas perkataan “latihan kemahiran” perkataan “atau latihan lain”;
dengan memasukkan selepas takrif “pelatih” takrif yang berikut:
‘ “penerima bantuan kewangan” ertinya seseorang pelatih yang kepadanya telah diluluskan, dan yang menerima, suatu bantuan kewangan latihan kemahiran di bawah Akta ini;’;
Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)
dengan menggantikan takrif “penyedia latihan kemahiran”
dengan takrif yang berikut:
‘ “penyedia latihan kemahiran” ertinya suatu pertubuhan, badan atau organisasi, sama ada yang ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia, yang menyediakan latihan kemahiran atau latihan lain sama ada secara persendirian atau dengan pembiayaan
Kerajaan;’;
dalam takrif “pinjaman latihan kemahiran”, dengan memasukkan selepas perkataan “suatu pinjaman”
perkataan “, dalam apa-apa jua bentuk atau dengan apa-apa jua namanya dipanggil,”; dan
dengan menggantikan takrif “program latihan yang diluluskan” dengan takrif yang berikut:
‘ “program latihan kemahiran yang diluluskan” ertinya suatu program latihan kemahiran atau program latihan lain yang dijalankan di Malaysia dan diluluskan oleh
Perbadanan di bawah seksyen 44;’.
s 3Pindaan seksyen 3
Subseksyen 3(2) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (e), dengan memasukkan selepas perkataan
“pembayaran balik” perkataan “atau pemulangan balik”;
dan
dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:
“(ea) apa-apa wang yang dibayar kepada Perbadanan berkenaan dengan pemulangan balik apa-apa bantuan kewangan latihan kemahiran, yang diberikan daripada Kumpulan Wang;”.
Undang-Undang Malaysia 6
s 4Pindaan seksyen 4
Perenggan 4(b) Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perkataan “bantuan kewangan”
dengan perkataan “bantuan kewangan latihan kemahiran”;
dan
dengan memotong perkataan “selain dengan cara pinjaman latihan kemahiran”.
s 5Pindaan seksyen 5
Subseksyen 5(4) Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “dan bantuan kewangan latihan kemahiran,”; dan
dengan menggantikan perkataan “bon dan sekuriti kerajaan”
dengan perkataan “bon dan sekuriti Kerajaan”.
s 6Pindaan seksyen 8
Seksyen 8 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) mengenal pasti dan meluluskan program latihan kemahiran atau program latihan lain yang layak bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran;”; dan
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) mengadakan dan memberikan pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan latihan kemahiran kepada pelatih, dan memberikan perkhidmatan dalam mentadbir, mengawas dan memungut pembayaran balik dan pemulangan balik pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan latihan kemahiran;”.
Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)
s 7Pindaan seksyen 9
Perenggan 9(2)(c) Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “dan bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan
dengan menggantikan perkataan “program latihan yang diluluskan” dengan perkataan “program latihan kemahiran yang diluluskan”.
s 8Pindaan seksyen 10
Perenggan 10(2)(a) Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subperenggan (ii) dengan subperenggan yang berikut:
“(ii) mana-mana bank berlesen atau bank pelaburan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758];”;
dengan memotong perkataan “atau” di hujung subperenggan (ii); dan
dengan memasukkan selepas subperenggan (ii)
subperenggan yang berikut:
“(iia) mana-mana bank Islam berlesen di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
[Akta 759];
(iib) mana-mana institusi yang ditetapkan di bawah
Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002
[Akta 618]; atau”.
s 9Pindaan seksyen 11
Perenggan 11(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Akta Syarikat 1965 [Akta 125]” dengan perkataan
“Akta Syarikat 2016 [Akta 777]”.
Undang-Undang Malaysia 8
s 10Pindaan seksyen 14
Seksyen 14 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“Peruntukan pinjaman latihan kemahiran” perkataan
“dan bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “bagi maksud pinjaman latihan kemahiran”
perkataan “dan bantuan kewangan latihan kemahiran”.
s 11Pindaan seksyen 16
Seksyen 16 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“Lembaga Perbadanan” dengan perkataan “Lembaga
Pengarah”; dan
dalam subseksyen (2)—
dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “Ketua Pengarah Majlis Latihan
Vokasional Kebangsaan” dengan perkataan
“Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (e)
perenggan yang berikut:
“(ea) seorang wakil daripada Kementerian
Sumber Manusia;
seorang wakil daripada Kementerian
Ekonomi;”.
s 12Pindaan seksyen 24
Perenggan 24(4)(b) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “Perbadanan”.
Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)
s 13Seksyen baharu 25a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 25
seksyen yang berikut:
“Pewakilan kuasa dan kewajipan Ketua Eksekutif 25a. (1) Ketua Eksekutif boleh mewakilkan secara bertulis mana-mana kuasa atau kewajipannya di bawah Akta, kecuali kuasa pewakilan, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, kepada mana-mana pegawai Perbadanan.
Mana-mana kuasa atau kewajipan yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan atau dijalankan oleh pegawai Perbadanan atas nama dan bagi pihak Ketua
Eksekutif.
Pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Ketua Eksekutif itu sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan mana-mana kuasa atau kewajipan yang diwakilkan itu.”.
s 14Pindaan seksyen 33
Seksyen 33 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Tiada penyedia latihan kemahiran boleh memohon bagi kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran melainkan jika—
ia telah berdaftar di bawah Bahagian ini; dan
ia menjalankan program latihan kemahiran yang diluluskan.”; dan
Undang-Undang Malaysia 10
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Penyedia latihan kemahiran tidak boleh didaftarkan di bawah Bahagian ini melainkan jika penyedia latihan kemahiran itu menjalankan suatu program latihan kemahiran yang diluluskan.”.
s 15Pindaan seksyen 35
Perenggan 35(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “program latihan” dengan perkataan “program latihan kemahiran atau program latihan lain”.
s 16Pindaan seksyen 36
Seksyen 36 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Perakuan pendaftaran hendaklah menyatakan premis utama di mana latihan kemahiran atau latihan lain yang disediakan oleh penyedia latihan kemahiran dijalankan.”; dan
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“menyediakan latihan kemahiran” dengan perkataan
“menyediakan latihan kemahiran atau latihan lain”.
s 17Pindaan seksyen 37
Subseksyen 37(1) Akta ibu dipinda—
dengan memotong perenggan (a);
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perengan yang berikut:
“(b) penyedia latihan kemahiran tidak lagi menjalankan apa-apa program latihan kemahiran yang diluluskan;”; dan
Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)
dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan
“seksyen 34” dengan perkataan “seksyen 39”.
s 18Pindaan seksyen 38
Seksyen 38 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“diberitahu mengenai” perkataan “penggantungan atau”; dan
dengan menggantikan perkataan “fakta pembatalan”
dengan perkataan “fakta penggantungan atau pembatalan”.
s 19Pindaan Bahagian VII
Akta ibu dipinda dengan menggantikan tajuk Bahagian VII dengan tajuk yang berikut:
“PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN YANG DILULUSKAN”.
s 20Penggantian seksyen 44
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 44 dengan seksyen yang berikut:
“Program latihan kemahiran yang diluluskan
s 44Perbadanan boleh mengenal pasti dan meluluskan mana-mana program latihan kemahiran atau program latihan lain yang ditauliahkan atau diiktiraf di bawah
Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 sebagai suatu program latihan kemahiran yang diluluskan bagi maksud suatu kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran di bawah Akta ini.”
Undang-Undang Malaysia 12
s 21Pindaan seksyen 45
Seksyen 45 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan
“untuk kelulusan program latihan” dengan perkataan
“berhubung dengan program latihan kemahiran yang diluluskan”; dan
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“program latihannya” dengan perkataan “program latihan kemahiran atau program latihan lainnya”.
s 22Pindaan seksyen 46
Seksyen 46 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan
“program latihan yang diluluskan” dengan perkataan
“program latihan kemahiran yang diluluskan”;
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, membatalkan kelulusan sesuatu program latihan kemahiran atau program latihan lain di bawah seksyen 44 jika Perbadanan menentukan bahawa program latihan kemahiran atau program latihan lain itu bukan lagi merupakan suatu program yang sesuai bagi maksud kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran.”;
dalam subseksyen (2)—
dengan memasukkan selepas perkataan
“program latihan kemahiran” dengan perkataan
“atau program latihan lain”; dan
dengan menggantikan perkataan “menjalankan program latihan berkenaan” dengan perkataan
“menjalankan program latihan kemahiran atau program latihan lain itu”;
Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)
dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “program latihan kemahiran” dengan perkataan
“atau program latihan lain”; dan
dalam subseksyen (5), dengan memasukkan selepas perkataan “program latihan kemahiran” dengan perkataan
“atau program latihan lain, mengikut mana-mana yang berkenaan,”.
s 23Pindaan Bahagian VIII
Akta ibu dipinda dalam tajuk Bahagian VIII dengan memasukkan selepas perkataan “PINJAMAN LATIHAN
KEMAHIRAN” perkataan “DAN BANTUAN KEWANGAN
LATIHAN KEMAHIRAN”.
s 24Pindaan seksyen 47
Seksyen 47 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Permohonan bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Penyedia latihan kemahiran yang berdaftar di bawah seksyen 34 boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran kepada Perbadanan untuk pelatih-pelatih yang menjalani latihan kemahiran atau latihan lain yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran dalam suatu program latihan kemahiran yang diluluskan.”;
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan
“atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“permohonan pinjaman latihan kemahiran” dengan perkataan “permohonan bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan
Undang-Undang Malaysia 14
dalam subseksyen (8), dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan
“atau bantuan kewangan latihan kemahiran”.
s 25Pindaan seksyen 48
Seksyen 48 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) meluluskan permohonan bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran yang dibuat di bawah seksyen 47;”.
s 26Pindaan seksyen 49
Seksyen 49 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;
dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan
“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;
dalam perenggan (b)—
dengan menggantikan perkataan “program latihan”
dengan perkataan “program latihan kemahiran atau program latihan lain”; dan
Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)
dengan menggantikan perkataan “program latihan yang diluluskan” dengan perkataan “program latihan kemahiran yang diluluskan”;
dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut:
“(e) bahawa kelulusan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran berkenaan dengan program latihan kemahiran atau program latihan lain itu telah dibatalkan di bawah seksyen 53;”; dan
dalam perenggan (f), dengan menggantikan perkataan
“program latihan” dengan perkataan “program latihan kemahiran atau program latihan lain”.
s 27Pindaan seksyen 50
Seksyen 50 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Pertukaran penyedia latihan kemahiran atau program latihan kemahiran yang diluluskan”;
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Ketua Eksekutif boleh meluluskan mana-mana permohonan bagi pertukaran penyedia latihan kemahiran atau program latihan kemahiran yang diluluskan kepada penyedia latihan kemahiran yang berdaftar di bawah seksyen 34 atau program latihan kemahiran yang diluluskan yang lain oleh seorang pelatih.”; dan
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“penyedia latihan atau program latihan” dengan perkataan
“penyedia latihan kemahiran atau program latihan kemahiran yang diluluskan di bawah subseksyen (1)”.
Undang-Undang Malaysia 16
s 28Pindaan seksyen 51
Seksyen 51 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;
dalam subseksyen (1)—
dengan memasukkan selepas perkataan “Pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan
dengan menggantikan perkataan “program latihan yang diluluskan” dengan perkataan “program latihan kemahiran yang diluluskan”; dan
menetapkan apa-apa ujian kemampuan sebagaimana yang disifatkan perlu dan suai manfaat oleh
Perbadanan untuk menentukan dan memilih pelatih yang layak bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran; dan
menghendaki melalui suatu notis bertulis, pelatih atau penyedia latihan kemahiran, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menyediakan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditentukan dalam notis itu pada bila-bila masa selepas permohonan untuk pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran diluluskan tetapi sebelum pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran dibayar.”.
Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Bagi maksud subseksyen (1), Perbadanan boleh—
s 29Pindaan seksyen 52
Seksyen 52 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “dan bantuan kewangan latihan kemahiran”;
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan
“atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“perjanjian latihan kemahiran” dengan perkataan
“perjanjian pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”.
s 30Pindaan seksyen 53
Seksyen 53 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;
dalam subseksyen (1)—
dengan menggantikan perkataan “Mana-mana pinjaman” dengan perkataan “Mana-mana pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan
“atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan
dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut:
“(e) penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan enggan atau gagal untuk mengikuti program latihan kemahiran atau program latihan lain itu; atau”;
Undang-Undang Malaysia 18
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“pinjaman” dengan perkataan “pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan
dalam subseksyen (3)—
dengan menggantikan perkataan “pembatalan pinjaman” dengan perkataan “pembatalan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan
dengan menggantikan perkataan “terma perjanjian pinjaman” dengan perkataan “terma perjanjian pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran itu”.
s 31Pindaan seksyen 54
Seksyen 54 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “dan bantuan kewangan latihan kemahiran”;
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Perbadanan hendaklah menyebabkan supaya disenggarakan suatu rekod mengenai semua pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan latihan kemahiran yang dibayar daripada Kumpulan Wang, dan bayaran balik dan pemulangan baliknya.”; dan
dalam subseksyen (2)—
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “penerima pinjaman” perkataan
“dan penerima bantuan kewangan”;
Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)
dengan memasukkan selepas perenggan (b)
perenggan yang berikut:
“(ba) amaun pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan latihan kemahiran yang perlu dipulangkan dan rekod pemulangan itu;”; dan
dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) nama penyedia latihan kemahiran di mana penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan sedang menerima latihan kemahiran atau latihan lainnya, program latihan kemahiran yang diluluskan yang di bawahnya penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan sedang menerima latihan kemahiran atau latihan lainnya, tempoh latihan kemahiran atau latihan lain itu, dan tarikh tamat tentatif bagi latihan kemahiran atau latihan lain itu;
dan”.
s 32Pindaan seksyen 56
Seksyen 56 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;
dengan memasukkan selepas perkataan “Mana-mana penerima pinjaman” perkataan “atau penerima bantuan kewangan”;
dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;
Undang-Undang Malaysia 20
dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:
“(d) jika latihan kemahiran atau latihan lain tidak ditamatkan oleh penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan mengikut program latihan kemahiran yang diluluskan; atau”; dan
dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut:
“(e) jika latihan kemahiran atau latihan lain tidak dihadiri oleh penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan.”.
s 33Seksyen baharu 65a dan 65b
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 65
seksyen yang berikut:
“Had masa bagi tindakan berkenaan dengan perjanjian pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran 65a. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, apa-apa tindakan berkenaan dengan perjanjian pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran tidak boleh dibawa selepas tamat tempoh dua belas tahun dari tarikh kausa tindakan itu terakru.
Kuasa Ketua Eksekutif untuk mengeluarkan perakuan kepada Ketua Pengarah Imigresen 65b. (1) Ketua Eksekutif boleh, jika dia berpendapat bahawa mana-mana penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan adalah dijangka atau berkemungkinan meninggalkan
Malaysia tanpa membayar apa-apa wang yang kena dibayar kepada Perbadanan, sama ada dalam bentuk pembayaran balik atau pemulangan balik atau selainnya, mengeluarkan kepada
Ketua Pengarah Imigresen suatu perakuan yang mengandungi amaun yang kena dibayar kepada Perbadanan bersama dengan permintaan supaya penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan itu dilarang daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika dan sehingga dia membayar semua amaun yang kena dibayar kepada Perbadanan atau mengemukakan jaminan yang memuaskan hati Ketua Eksekutif bagi pembayarannya.
Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)
Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen, Ketua Pengarah Imigresen apabila menerima permintaan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan hendaklah mengambil atau menyebabkan diambil segala langkah sebagaimana yang perlu untuk melaksanakannya dan langkah yang boleh termasuk penggunaan kekerasan yang munasabah dan penyitaan, pembatalan atau penahanan mana-mana perakuan pengenalan dan apa-apa pasport, atau dokumen perjalanan lain yang berhubungan dengan penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan itu.
Jika seseorang penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan yang berkenaan dengannya suatu perakuan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) mengemukakan suatu penyataan bertulis yang ditandatangani pada atau selepas tarikh pengeluaran perakuan itu oleh Ketua Eksekutif yang bermaksud bahawa wang yang kena dibayar kepada Perbadanan yang dinyatakan dalam perakuan itu telah dibayar atau bahawa jaminan telah dikemukakan bagi pembayarannya, penyataan atau pembayaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi bagi membenarkan penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan itu meninggalkan Malaysia.”.
s 34Pemotongan Bahagian X
Akta ibu dipinda dengan memotong Bahagian X.
s 35Bahagian baharu Xa dan Xb
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 71
sebagaimana yang dipotong bahagian yang berikut:
Undang-Undang Malaysia 22
“Bahagian Xa
PEMERIKSAAN PENYEDIA LATIHAN KEMAHIRAN
Kuasa untuk memeriksa penyedia latihan kemahiran 71a. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, dari semasa ke semasa, memeriksa mana-mana penyedia latihan kemahiran yang berdaftar di bawah Akta ini bagi maksud memastikan bahawa Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini telah dan sedang dipatuhi.
Bagi maksud pemeriksaan di bawah Bahagian ini, pegawai diberi kuasa boleh—
memasuki, pada bila-bila masa, mana-mana premis atau mana-mana bahagian premis yang dipunyai atau digunakan, sama ada secara tetap atau selainnya, oleh penyedia latihan kemahiran bagi maksud menyediakan latihan kemahiran atau latihan lain;
memeriksa apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;
menghendaki mana-mana orang, yang merupakan seorang anggota lembaga pengarah, seorang pekerja, atau seorang pelatih penyedia latihan kemahiran itu, supaya mengemukakan bagi pemeriksaannya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain yang berada dalam milikan atau jagaan atau di bawah kawalan orang itu atau yang berada dalam kuasanya untuk diberi—
yang berhubungan dengan pengurusan penyedia latihan kemahiran itu; atau
yang berhubungan dengan program latihan kemahiran atau program latihan lain yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu; dan
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain yang diperiksa di bawah perenggan (c).
Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)
23
Bahagian Xb
PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN
Pegawai diberi kuasa 71b. Bagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh, secara bertulis, memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam atau pegawai
Perbadanan untuk menjalankan kuasa pemeriksaan dan kuasa penguatkuasaan dan penyiasatan di bawah Akta ini.
Kuasa pegawai diberi kuasa 71c. Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai semua kuasa yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan di bawah Bahagian Xa dan menjalankan penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
Kuasa pemeriksaan 71d. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang tahu tentang fakta dan hal keadaan sesuatu kes untuk hadir di hadapannya dan untuk diperiksa secara lisan dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian.
Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mahkamah di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain.
Pengemukaan dokumen, dsb.
s 71eSection 71e
Semasa menjalankan suatu penyiasatan atau pemeriksaan di bawah Bahagian ini, pegawai diberi kuasa boleh—
menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain; dan
Undang-Undang Malaysia 24
memeriksa, membuat salinan, mengambil cabutan daripada, mengalihkan dan menahan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain.
Penyitaan dokumen, dsb.