Akta Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2026 · As enacted
28. Pindaan seksyen 51
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 51 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;
dalam subseksyen (1)—
dengan memasukkan selepas perkataan “Pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan
dengan menggantikan perkataan “program latihan yang diluluskan” dengan perkataan “program latihan kemahiran yang diluluskan”; dan
menetapkan apa-apa ujian kemampuan sebagaimana yang disifatkan perlu dan suai manfaat oleh
Perbadanan untuk menentukan dan memilih pelatih yang layak bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran; dan
menghendaki melalui suatu notis bertulis, pelatih atau penyedia latihan kemahiran, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menyediakan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditentukan dalam notis itu pada bila-bila masa selepas permohonan untuk pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran diluluskan tetapi sebelum pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran dibayar.”.
Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Bagi maksud subseksyen (1), Perbadanan boleh—