Child Care Centre Act 1984 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Pembatalan Pendaftaran
12. Pembatalan pendaftaran
Feedback & supportKetua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran yang dibuat di bawah seksyen 7─
di mana terdapat apa-apa pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana syarat yang dikenakan berhubungan dengan apa-apa pendaftaran yang dibuat di bawah Akta ini;
jika terdapat apa-apa kegagalan memberitahu apa-apa perubahan hal keadaan mengikut subseksyen 11(4);
atas sebab bahawa orang yang kepadanya perakuan pendaftaran telah dikeluarkan telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa kesalahan yang melibatkan keburukan akhlak;
jika dia dapati bahawa─
taman asuhan kanak-kanak itu tidak dijalankan sebagai sedemikian atau tidak wujud lagi; atau
seseorang itu telah berhenti menjalankan taman asuhan kanak-kanak itu.