Skip to content

Seksyen 15

of Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984

ActIn forceProvision 16 of 28

Seksyen 15

(1)

Ketua Pengarah boleh, berhubungan dengan mana-mana taman asuhan kanak-kanak berdaftar, memberikan apa-apa arahan yang difikirkannya perlu secara bertulis untuk menjamin bahawa—

(a)

taman itu dijalankan dan diuruskan dengan memuaskan;

(b)

kebajikan kanak-kanak yang menghadiri taman itu digalakkan dengan cara sempurna;

(c)

radas dan kelengkapan perlu yang cukup sebagai keselamatan dari api diadakan dalamnya; dan 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 308

(d)

peruntukan Akta ini dipatuhi.

(2)

Suatu arahan di bawah subseksyen (1) —

(a)

hendaklah disampaikan kepada orang yang didaftarkan berhubungan dengan taman asuhan kanak-kanak itu; dan

(b)

hendaklah menetapkan suatu tempoh masa dalam mana arahan itu hendaklah dipatuhi.