Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2025
Sections
8
Languages
MS · EN

Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1747 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.

Front matterCover and publication detailsOpen

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan)

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1747

AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH

(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN)

(PINDAAN) 2025

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1747

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

5 Februari 2025

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

20 Februari 2025

Hakcipta Pencetak H

Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan)

3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1747

AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH

(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN)

(PINDAAN) 2025

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tatacara Mal Mahkamah

Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan seksyen 3

Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah

Persekutuan) 1998 [Akta 585], yang disebut “Akta ibu”

dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 3(1)—

(a)

dalam teks bahasa Inggeris, dalam takrif “Registrar”, dengan menggantikan noktah di hujung takrif itu dengan koma bernoktah; dan

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1747

(b)

d e n g a n m e m a s u k k a n s e l e p a s t a k r i f

“penghutang penghakiman” takrif yang berikut:

‘  “teknologi komunikasi jarak jauh” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 40a

Akta Pentadbiran;’.

Penggantian seksyen 34

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 34 dengan seksyen yang berikut:

“Wakalah

Quoted provision

Seksyen 34

(1)

Pelantikan seseorang Peguam Syarie hendaklah dilafazkan oleh orang yang melantiknya dan diterima oleh Peguam Syarie yang dilantik sedemikian sebelum Peguam Syarie itu memulakan apa-apa tindakan bagi pihak orang yang melantiknya itu.

(2)

Pelantikan dan penerimaan pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam Borang MS 5

dan hendaklah difailkan di Mahkamah.”.

Pindaan seksyen 100

Seksyen 100 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “dalam Mahkamah terbuka” perkataan “atau melalui teknologi komunikasi jarak jauh”.

Pindaan seksyen 109

Seksyen 109 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota birai, dengan memasukkan selepas perkataan

“banduan” perkataan “atau orang yang ditahan”;

(b)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “penjara” perkataan “atau ditahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang merupakan saksi atau pihak dalam sesuatu prosiding,”; dan

Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan)

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“saksi dalam jagaan selamat” dengan perkataan

“orang yang disebut dalam subseksyen (1)”.

Pindaan seksyen 119

Seksyen 119 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa untuk mendengar apa-apa kausa atau perkara atau mana-mana bahagiannya secara tertutup jika Mahkamah berpuas hati bahawa adalah suai manfaat untuk berbuat demikian demi kepentingan keadilan, kesejahteraan awam, keselamatan awam atau kesusilaan, atau bagi sebab lain yang mencukupi.”.

Pindaan seksyen 247

Subseksyen 247(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:

“(aa) tatacara dan amalan mengenai prosiding yang dijalankan di mana-mana tempat lain selain Mahkamah atau melalui teknologi komunikasi jarak jauh;”.

Pindaan Jadual Ketiga

Jadual Ketiga kepada Akta ibu dipinda—

(a)

dalam Borang MS 3, dengan menggantikan perkataan

“defendan” dengan perkataan “responden”;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1747

(b)

dalam Borang MS 5, dengan memotong perkataan

“Di hadapan saya,

...................................

Hakim/Pendaftar”;

(i)

dalam kepala Borang MS 24, dengan menggantikan perkataan “DI DALAM PENJARA”

dengan perkataan “*DIKURUNG DI DALAM

PENJARA/DITAHAN DI BAWAH MANA-MANA

UNDANG-UNDANG BERTULIS”;

(ii)

dalam perenggan 1, dengan menggantikan perkataan “banduan yang dikurung di penjara/

tempat tahanan” dengan perkataan “*orang yang dikurung di dalam penjara/ditahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis”;

(iii)

dalam perenggan 3, dengan memotong perkataan

“di bawah seksyen 30 Akta Penjara 1995”; dan

(iv)

dengan menggantikan perkataan “Diangkat sumpah

(seperti dalam Borang MS 26).” dengan perkataan

“Diangkat sumpah (seperti dalam Borang MS 26).

*Potong jika tidak berkenaan.”; dan

(i)

dalam kepala Borang MS 25, dengan menggantikan perkataan “DI DALAM PENJARA”

dengan perkataan “*DIKURUNG DI DALAM

PENJARA/DITAHAN DI BAWAH MANA-MANA

UNDANG-UNDANG BERTULIS”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “seorang banduan di .....................................”

dengan perkataan “*orang yang dikurung di dalam ..................../ditahan di ....................”.

Common questions

What is Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025?
Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1747 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Is Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 still in force?
Yes — Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 is currently in force.
When did Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 take effect?
Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 was first recorded in 2025.
How many sections does Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 have?
Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 contains 9 sections.
Where can I read the official version of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025?
The official text of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.