Seksyen 6
Seksyen 119 Akta ibu dipinda—
of Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025
Amendment ActIn forceProvision 6 of 8
Seksyen 6
(a)
dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1); dan
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa untuk mendengar apa-apa kausa atau perkara atau mana-mana bahagiannya secara tertutup jika Mahkamah berpuas hati bahawa adalah suai manfaat untuk berbuat demikian demi kepentingan keadilan, kesejahteraan awam, keselamatan awam atau kesusilaan, atau bagi sebab lain yang mencukupi.”.