Malaysia legislation
Section 8
of AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2025
Seksyen 8
Pindaan Jadual Ketiga
(a)
dalam Borang MS 3, dengan menggantikan perkataan
“defendan” dengan perkataan “responden”;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1747
(b)
dalam Borang MS 5, dengan memotong perkataan
“Di hadapan saya,
...................................
Hakim/Pendaftar”;
(c)
dalam Borang MS 24—
(i)
dalam kepala Borang MS 24, dengan menggantikan perkataan “DI DALAM PENJARA”
dengan perkataan “*DIKURUNG DI DALAM
PENJARA/DITAHAN DI BAWAH MANA-MANA
UNDANG-UNDANG BERTULIS”;
(ii)
dalam perenggan 1, dengan menggantikan perkataan “banduan yang dikurung di penjara/
tempat tahanan” dengan perkataan “*orang yang dikurung di dalam penjara/ditahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis”;
(iii)
dalam perenggan 3, dengan memotong perkataan
“di bawah seksyen 30 Akta Penjara 1995”; dan
(iv)
dengan menggantikan perkataan “Diangkat sumpah
(seperti dalam Borang MS 26).” dengan perkataan
“Diangkat sumpah (seperti dalam Borang MS 26).
*Potong jika tidak berkenaan.”; dan
(d)
dalam Borang MS 25—
(i)
dalam kepala Borang MS 25, dengan menggantikan perkataan “DI DALAM PENJARA”
dengan perkataan “*DIKURUNG DI DALAM
PENJARA/DITAHAN DI BAWAH MANA-MANA
UNDANG-UNDANG BERTULIS”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “seorang banduan di .....................................”
dengan perkataan “*orang yang dikurung di dalam ..................../ditahan di ....................”.