(1) Jika mana-mana orang, sama ada secara bertulis pada bila-bila masa atau secara lisan di hadapan dua orang saksi atau lebih dalam masa dia sakit akhir sekali, telah menyatakan suatu permintaan bahawa badannya atau mana-mana bahagian yang tertentu daripada badannya digunakan selepas kematiannya bagi maksud terapeutik, atau bagi maksud pendidikan atau penyelidikan perubatan, orang yang memiliki badannya dengan sah di sisi undang-undang selepas kematiannya itu boleh, melainkan jika dia mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa permintaan itu telah ditarik balik kemudiannya,
6
Undang-Undang Malaysia membenarkan dipindahkan daripada badan itu mana-mana bahagiannya atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, bahagian yang tertentu itu, untuk digunakan mengikut permintaan itu.