Seksyen 15
of Akta Tribunal Perkhidmatan Awam 1977
Seksyen 15
Keputusan Tribunal mengenai sesuatu anomali yang dirujukkan kepadanya adalah terakhir dan muktamad, dan hendaklah dipatuhi oleh Kerajaan dan semua pihak kepada anomali itu dan tiada sesuatu keputusan boleh dicabar, dibuat rayuan terhadapnya, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
(3)
---
(2)
Keputusan Tribunal itu hendaklah dilaksanakan dengan seberapa segera yang praktik, tetapi tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh keputusan itu diberi.
(3)
Sesuatu anomali yang dirujukkan kepada Tribunal dan yang keputusan mengenainya telah diberi oleh Tribunal tidak boleh dibangkitkan atau menjadi hal-perkara rujukan selanjutnya kepada Kerajaan dalam apa-apa rupa atau bentuk oleh mana-mana pegawai awam atau sesuatu kesatuan sekerja atau sesuatu persatuan pegawai-pegawai awam yang bukan suatu kesatuan sekerja.
(4)
. Tribunal tidak boleh melayani apa-apa tuntutan oleh mana-mana pegawai awam atau sesuatu kesatuan sekerja atau sesuatu persatuan pegawai-pegawai awam yang bukan suatu kesatuan sekerja, yang berupa sebagai suatu anomali berikutan dengan kesan suatu keputusan mengenai sesuatu anomali di bawah seksyen 11 atau 14.