Skip to content

Seksyen 22

of Akta Tribunal Perkhidmatan Awam 1977

ActRepealedProvision 22 of 23

Seksyen 22

(1)

Sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini tidak boleh dibawa kecuali oleh atau dengan izin Pendakwa Raya.

(2)

Walaupun izin Pendakwa, Raya itu telah tidak diperolehi, seseorang yang dipertuduhkan atas kesalahan itu boleh ditangkap atau suatu waran untuk menangkapnya boleh dikeluar dan dilaksanakan. Orang itu boleh ditahan dalam jagaan atau dilepaskan dengan jaminan, tetapi kes itu tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga izin itu telah diperolehi.

(3)

Jika seseorang di bawa ke hadam

(3)

Jika seseorang di bawa ke hadapan suatu mahkamah sebelum Pendakwa Raya telah mengizinkan pendakwaan itu, pertuduhan itu hendaklah dihuraikan kepadanya tetapi ia tidak boleh diminta memberi jawapan, dan undangundang yang pada masa itu berkuatkuasa berhubung dengan acara jenayah hendaklah diubahsuai dengan sewajarnya.