Seksyen 20
of Akta Tribunal Perkhidmatan Awam 1977
Seksyen 20
Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini, sama ada atau tidak seseorang telah disabitkan berkenaan dengannya, dan kesalahan itu telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan atas nama atau bagi pihak sesuatu kesatuan sekerja atau sesuatu persatuan pegawai-pegawai awam yang bukan suatu kesatuan sekerja, tiap-tiap pemegang jawatan kesatuan sekerja atau persatuan itu yang mengurus atau membantu dalam mengurus kesatuan sekerja atau persatuan itu pada masa kesalahan itu dilakukan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan dalam seksyen-kecil (3); melainkan jika ia menunjukkan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya dan bahawa ia telah menjalankan segala usaha yang sewajarnya untuk mencegah kesalahan itu daripada dilakukan.
(2)
Mana-mana pemegang jawatan sesuatu kesatuan sekerja atau sesuatu persatuan pegawai-pegawai awam yang bukan suatu kesatuan sekerja yang mengurus atau membantu dalam mengurus mana-mana kesatuan sekerja atau mana-mana persatuan yang disebutkan dalam seksyenkecil (1) boleh didakwa di bawah seksyen ini, walaupun ia mungkin telah tidak mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan itu.
(3)
Mana-mana pemegang jawatan sesuatu kesatuan sekerja atau sesuatu persatuan pegawai-pegawai awam yang bukan suatu kesatuan sekerja yang mengurus atau membantu dalam mengurus mana-mana kesatuan sekerja atau mana-mana persatuan yang disebutkan dalam seksyen-kecil (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda sebanyak lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau denda dan penjara itu keduaduanya.