Seksyen 4A
Larangan terhadap iklan yang berhubungan dengan kemahiran atau perkhidmatan
of Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956
Tertakluk kepada Akta ini, tiada seorang pun boleh mengambil bahagian dalam penyiaran apa-apa iklan−
(a)
yang merujuk kepada apa-apa kemahiran atau perkhidmatan yang berhubungan dengan rawatan, pencegahan atau diagnosis bagi apa-apa ailmen, penyakit, kecederaan, kelemahan atau keadaan yang melibatkan tubuh manusia; dan
(b)
yang dapat mendorong, atau yang mengandungi pelawaan, sama ada nyata atau tersirat, kepada, mana-mana orang untuk mendapatkan nasihat pengiklan atau mana-mana orang yang dirujuk dalam iklan itu berkaitan dengan kemahiran atau perkhidmatan itu:
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa iklan yang disiarkan−
(aa) dengan kelulusan Menteri, oleh mana-mana badan profesional yang berhubungan dengan profesion perubatan atau dengan mana-mana profesion berkaitan yang lain yang ditubuhkan oleh atau didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau
(bb) dengan kelulusan Lembaga Iklan Ubat yang ditubuhkan oleh Menteri, oleh mana-mana hospital swasta atau oleh
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 290
mana-mana−
(i)
klinik swasta;
(ii)
klinik radiologi swasta;
(iii)
makmal perubatan swasta, yang dikendalikan oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar yang mempunyai perakuan pengamalan tahunan yang sah di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50].