Seksyen 4B
Iklan ubat hendaklah diluluskan
of Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956
Tiada seseorang pun boleh mengambil apa-apa bahagian dalam penyiaran apa-apa iklan yang merujuk kepada apa-apa artikel, atau artikel-artikel daripada apa-apa jenis, dalam keadaan yang direncanakan untuk mempengaruhi penggunaan artikel atau artikel-artikel daripada jenis itu sebagai ubat, alat atau penyembuh, bagi maksud merawat atau mencegah penyakit atau keadaan manusia selain penyakit dan keadaan yang dinyatakan dalam subseksyen 3(1), melainkan jika iklan itu telah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat.
(2)
Apa-apa iklan yang dicadangkan untuk disiarkan boleh dikemukakan kepada Lembaga Iklan Ubat untuk kelulusan dalam cara yang diperuntukkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 7.
Peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 3,
4, 4A dan 4B