Seksyen 6F
Sanksi untuk mendakwa dan penjalanan pendakwaan
of Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956
ActIn forceProvision 15 of 16
Seksyen 6F
(1)
Tiada apa-apa pendakwaan boleh dimulakan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya tanpa sanksi bertulis daripada Pendakwa Raya.
(2)
Pendakwaan berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh dijalankan oleh mana-mana pegawai diberi kuasa.