Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2020Read it in English

Bahagian III · Pendaftaran Veteran

10. Kuasa Pendaftar untuk menghendaki pemohon memberikan dokumen atau maklumat tambahan

Feedback & support
(1)

Pendaftar boleh, berhubung dengan mana-mana permohonan yang dibuat di bawah seksyen 9, menghendaki pemohon itu memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam masa yang dinyatakan oleh Pendaftar.

(2)

Jika pemohon itu tidak memberikan dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1)

dalam masa yang dinyatakan atau apa-apa masa lanjutan yang dinyatakan oleh Pendaftar, permohonan itu disifatkan telah ditarik balik dan tiada tindakan boleh diambil terhadapnya oleh Pendaftar, tetapi tanpa menjejaskan suatu permohonan baru dibuat oleh pemohon.

Report

Bahagian IV

Pendaftaran dan Penyeliaan Persatuan Veteran

Bahagian V

Schedules