Akta Veteran 2012 · Updated to 1 Apr 2020 · Bahagian III · Pendaftaran Veteran
11. Pendaftaran atau penolakan untuk mendaftar
Feedback & supportSelepas menimbangkan sesuatu permohonan di bawah seksyen 9 dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang telah diberikan di bawah seksyen 10, Pendaftar boleh meluluskan atau menolak permohonan itu.
Jika permohonan itu diluluskan, Pendaftar hendaklah mendaftarkan pemohon itu dengan memasukkan butir-butir pemohon dalam daftar veteran yang disebut dalam seksyen 8.
Veteran 11
Jika permohonan itu ditolak, pemohon itu boleh membuat rayuan kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Walau apa pun subseksyen (1), dan seksyen 9 dan 10, mana-mana orang yang sebelum sahaja Akta ini mula berkuat kuasa telah didaftarkan sebagai seorang veteran dengan Jabatan Arah Rekod dan
Pencen Markas Angkatan Tentera Malaysia hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, disifatkan sebagai seorang veteran yang telah didaftarkan di bawah Akta ini.