Skip to content

Seksyen 16

Menghidupkan semula wasiat yang terbatal

of Akta Wasiat 1959

ActIn forceProvision 16 of 31
Seksyen 16
(1)

Tiada wasiat atau mana-mana bahagiannya yang telah dibatalkan mengikut apa-apa cara boleh dihidupkan semula selain melalui penyempurnaan semula wasiat itu, atau melalui suatu kodisil yang disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki sebelum daripada ini, dan yang menunjukkan suatu niat untuk menghidupkan semula wasiat itu.

(2)

Apabila mana-mana wasiat yang telah sebahagiannya dibatalkan, dan kemudiannya dibatalkan secara keseluruhannya, dihidupkan semula, menghidupkan semula wasiat itu tidaklah meluas kepada sekian banyak daripadanya sebagaimana yang telah dibatalkan sebelum pembatalan keseluruhannya, melainkan jika suatu niat sebaliknya ditunjukkan.