Skip to content

Seksyen 30

Pentafsiran wasiat

of Akta Wasiat 1959

ActIn forceProvision 30 of 31
Seksyen 30
(1)

Suatu wasiat yang dibuat di mana-mana Negeri Selangor,

Perak, Negeri Sembilan atau Pahang sebelum permulaan kuat kuasa

Akta ini dan suatu wasiat yang dibuat di mana-mana Negeri

Pulau Pinang dan Melaka hendaklah, jika wasiat itu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini ditafsirkan mengikut Enakmen Wasiat 1938 [N.M.B.5 tahun 1938], bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau Ordinan Wasiat bagi Negeri-Negeri Selat [N.N.S. Bab 53]

masing-masing, terus ditafsirkan mengikut peruntukan itu, walau apa pun apa-apa pemansuhan Enakmen atau Ordinan itu.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 346

(2)

Bagi maksud subseksyen

(1)

, suatu wasiat yang disempurnakan semula, disiarkan semula atau dihidupkan semula melalui suatu kodisil hendaklah disifatkan telah dibuat pada masa wasiat itu disempurnakan semula, disiarkan semula atau dihidupkan semula.

(3)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1)

dan tertakluk pada Akta ini, seksyen 100 Akta Keterangan 1950

[Akta 56] hendaklah terpakai bagi pentafsiran semua wasiat yang dikehendaki ditafsirkan mengikut undang-undang

Malaysia seolah-olah perkataan “dalam Negeri-Negeri Selat atau mana-mana satu daripadanya” yang terdapat dalam seksyen itu telah ditinggalkan.