Skip to content

Seksyen 17

Pemindahhakan kemudian atau perbuatan lain kemudiannya tidak menghalang penjalanan wasiat

of Akta Wasiat 1959

ActIn forceProvision 17 of 31
Seksyen 17

Tiada pindah milik, pemindahhakan, penyerahhakan atau perbuatan lain yang dibuat atau yang dilakukan kemudian daripada penyempurnaan suatu wasiat atau kodisil bagi atau yang berhubungan dengan apa-apa harta yang terkandung dalamnya, kecuali suatu perbuatan yang melaluinya wasiat atau kodisil itu terbatal seperti yang disebut terdahulu, boleh menghalang penjalanan wasiat atau kodisil itu yang berkenaan dengan harta pusaka, hak, bahagian atau kepentingan dalam harta itu sebagaimana yang pewasiat itu hendaklah mempunyai kuasa untuk melupuskan melalui wasiat pada masa kematiannya.