Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian V · Prosiding Tatatertib

25. Kuasa tatatertib Majlis

Feedback & support
(1)

Majlis hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas pengamal berdaftar.

(2)

Majlis boleh menjalankan kuasa tatatertib ke atas mana-mana pengamal berdaftar—

(a)

yang telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini;

(b)

yang telah disabitkan oleh mahkamah di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-apa kesalahan yang melibatkan rasuah, fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, lebih daripada dua tahun;

Profesion Kesihatan Bersekutu 23

(c)

yang kelulusannya telah ditarik balik atau dibatalkan oleh pihak berkuasa penganugerah yang melaluinya kelulusan itu diperoleh atau yang daripadanya kelulusan itu dianugerah;

(d)

yang telah dilarang daripada mengamalkan Profesion

Kesihatan Bersekutu di mana-mana tempat luar

Malaysia;

(e)

yang dikatakan telah melakukan salah laku profesional yang serius sebagaimana yang ditetapkan dalam kod etika dan tatakelakuan profesional dan mana-mana garis panduan dan arahan lain yang dikeluarkan oleh Majlis;

dan

(f)

yang telah mendapatkan pendaftaran di bawah Akta ini melalui fraud atau salah nyataan.

Report

Bahagian VI

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Schedules