Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016

Feedback & supportA council, and registration and regulation of allied health workers

Long title

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia, untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang yang beramal sebagai pengamal kesihatan bersekutu dan orang yang menjalankan aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu, untuk mengawal selia amalan Profesion Kesihatan Bersekutu, dan bagi perkara-perkara berkaitan.

In force · Updated to 15 Jul 2022

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Profesion Kesihatan

Bersekutu 2016.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 774

“aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu”

ertinya apa-apa aktiviti yang mempunyai kesan langsung atau tidak langsung kepada penjagaan pesakit, atau kepada kesihatan individu atau penduduk;

“Daftar” ertinya suatu daftar yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 15;

“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;

“Jawatankuasa Penyiasat” ertinya Jawatankuasa Penyiasat yang ditubuhkan di bawah seksyen 26;

“Majlis” ertinya Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;

“pegawai diberi kuasa” ertinya seorang pegawai awam atau orang yang mempunyai kelayakan yang sesuai yang diberi kuasa di bawah seksyen 38;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Majlis Profesion Kesihatan

Bersekutu Malaysia yang disebut dalam seksyen 14;

“pengamal berdaftar” ertinya seseorang pengamal kesihatan bersekutu yang didaftarkan di bawah seksyen 17 dan bagi maksud

Bahagian V dan Bahagian VI termasuk seorang bukan warganegara

Malaysia yang disifatkan sebagai pengamal berdaftar di bawah subseksyen 24(10);

“perakuan” ertinya perakuan pendaftaran, perakuan amalan dan perakuan amalan sementara;

“Pihak Berkuasa Tatatertib” ertinya Pihak Berkuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 27;

“profesion dalam kesihatan bersekutu” ertinya apa-apa profesion yang mempunyai kesan langsung atau tidak langsung kepada penjagaan pesakit, atau kepada kesihatan individu atau penduduk;

Profesion Kesihatan Bersekutu 9

“Profesion Kesihatan Bersekutu” ertinya profesion dalam kesihatan bersekutu yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan di bawah seksyen 11.

Bahagian II

Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia

Bahagian III

Profesion Kesihatan Bersekutu

Bahagian IV

Pendaftaran

Bahagian V

Prosiding Tatatertib

Bahagian VI

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Schedules