Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
39. Kuasa penyiasatan
Feedback & supportSeseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah
Akta ini.
Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan bahawa bagi maksud Akta ini, seorang pegawai diberi kuasa hendaklah
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 774
mempunyai semua atau mana-mana kuasa seorang pegawai polis dalam apa jua pangkat berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun
Tatacara Jenayah [Akta 593], dan semua kuasa hendaklah menjadi tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.