Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2022

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2022
Sections
58
Languages
MS · EN

Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2022 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1647 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.

Front matterCover and publication detailsOpen

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1647

AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT

MALAYSIA (PINDAAN) 2022

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1647

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

2 Februari 2022

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

10 Februari 2022

Hakcipta Pencetak H

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Insurans

Deposit Malaysia (Pindaan) 2022.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

Pindaan am

Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 [Akta 720], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “Akta Syarikat 1965”

di mana-mana jua terdapat termasuk dalam nota bahu dengan perkataan “Akta Syarikat 2016”; dan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1647

AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT

MALAYSIA (PINDAAN) 2022

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1647

(b)

dengan menggantikan perkataan “pelikuidasi sementara”

di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“pelikuidasi interim”.

Pindaan seksyen 2

Subseksyen 2(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan sebelum takrif “Akta dimansuhkan”

takrif yang berikut:

‘ “akaun pelaburan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1)

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;’;

(b)

dalam takrif “berkaitan”, dengan menggantikan perkataan

“seksyen 6” dengan perkataan “seksyen 7”;

(c)

dengan menggantikan takrif “deposit Islam” dengan takrif yang berikut:

‘ “deposit Islam” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1)

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;’;

(d)

dengan menggantikan takrif “deposit konvensional” dengan takrif yang berikut:

‘ “deposit konvensional” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada takrif “deposit”

di bawah subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 dan tidak termasuk suatu deposit Islam;’;

(e)

dalam teks bahasa kebangsaan, dalam takrif “manfaat insurans”, dengan memasukkan selepas perkataan

“kejadian” perkataan “atau lebih”;

(f)

dengan menggantikan takrif “Pendaftar Syarikat” dengan takrif yang berikut:

‘ “Pendaftar Syarikat” ertinya Pendaftar yang ditetapkan di bawah subseksyen 20a(1) Akta Suruhanjaya

Syarikat Malaysia 2001 [Akta 614];’;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(g)

dalam takrif “perbadanan”, dengan menggantikan perkataan

“seksyen 4” dengan perkataan “seksyen 3”; dan

(h)

dalam takrif “syarikat insurans”, dengan menggantikan perkataan “dan Danajamin Nasional Berhad”

dengan perkataan “, Danajamin Nasional Berhad dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan insurans jaminan kewangan atau perniagaan insurans jaminan kredit semata-mata”.

Pindaan seksyen 11

Seksyen 11 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Menteri, dalam melantik pengarah di bawah perenggan (2)(d) dan (e), hendaklah memberi perhatian kepada—

(a)

kepelbagaian lembaga pengarah dalam hal minat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman;

(c)

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman orang itu dalam perbankan, insurans, ekonomi atau dalam mana-mana disiplin lain yang berkaitan, yang akan membolehkannya untuk melaksanakan fungsinya sebagai seorang pengarah.

(2b)

Setiap pengarah yang disebut dalam perenggan (2)(b)

atau (c) boleh menugaskan secara bertulis suatu jawatan dalam organisasinya sebagai pengarah silih ganti yang akan menghadiri mesyuarat Lembaga bagi menggantikan tempat pengarah itu apabila pengarah itu bagi apa-apa sebab tidak dapat hadir.

(2 c)  Bagi mengelakkan keraguan, bagi maksud subseksyen 15(9) Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701], jawatan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia boleh ditugaskan sebagai pengarah silih ganti di bawah subseksyen (2b).

(2d)

Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga bagi menggantikan tempat pengarah yang disebut dalam perenggan (2)(b) atau (c), pengarah silih ganti itu hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai pengarah Lembaga.”.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1647

Pindaan seksyen 12

Subseksyen 12(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:

“(ca) kuorum suatu mesyuarat Lembaga;”.

Pindaan seksyen 13

Seksyen 13 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Seseorang pengarah silih ganti yang ditugaskan dalam subseksyen 11(2b) oleh seorang pengarah yang disebut dalam perenggan 11(2)(b) atau (c) (dalam subseksyen ini disebut sebagai “pengarah prinsipal”) hendaklah, melainkan jika tugasan itu terlebih dahulu dibatalkan secara bertulis atau jawatan itu tidak lagi wujud, terhenti menjadi pengarah silih ganti apabila pengarah prinsipal terhenti menjadi anggota

Lembaga.”.

Pindaan seksyen 16

Seksyen 16 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “pengarah” perkataan “termasuklah pengarah silih ganti”.

Pindaan seksyen 28

Seksyen 28 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Perbadanan diberi kuasa untuk memindahkan wang atau aset daripada mana-mana kumpulan wang kepada kumpulan wang lain, sebagaimana yang perlu untuk atau berkaitan dengan, atau semunasabahnya bersampingan dengan, pencapaian matlamatnya, pelaksanaan fungsinya atau penunaian kewajipannya, dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh ditentukan oleh Perbadanan.”.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

7

Pindaan seksyen 34

Subseksyen 34(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “diperakui” dengan perkataan “diaudit”.

Pindaan seksyen 41

Seksyen 41 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subperenggan (1)(a)(i), dengan memasukkan selepas perkataan “bertanggungan terutamanya” perkataan

“dan yang memenuhi kriteria sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan”;

(b)

dalam subsubperenggan (1)(a)(E), dengan memotong perkataan “dan” di hujung subsubperenggan itu;

(c)

dengan memasukkan selepas subsubperenggan (1)(a)(E)

subsubperenggan yang berikut:

“(EA)  suatu pelaburan berkaitan derivatif; dan”; dan

(d)

dengan memotong subseksyen (2).

Seksyen baharu 46a

Bab 2 Bahagian IV seksyen yang berikut:

“Takrif 46a. (1) Bagi maksud Bab ini—

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 47 dengan seksyen yang berikut:

“Premium pertama berkenaan dengan anggota penerima deposit baharu

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), (3) dan (4),

Perbadanan hendaklah mentaksir dan memungut premium pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penerima deposit baharu bagi tahun taksiran yang ia menjadi institusi anggota seperti yang berikut:

(b)

suatu amaun berdasarkan suatu kadar yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan dan dikira mengikut seksyen 47a, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

(2)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (3), jika perniagaan satu atau lebih pihak pemindah dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penerima deposit baharu, Perbadanan hendaklah mentaksir dan memungut premium pertama yang kena dibayar oleh anggota penerima deposit baharu seperti yang berikut:

(a)

dua ratus lima puluh ribu ringgit; atau

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(b)

suatu amaun berdasarkan suatu kadar yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan dan dikira mengikut seksyen 47a, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

(3)

Jika perniagaan satu atau lebih anggota penerima deposit sahaja dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penerima deposit baharu—

(a)

sebelum tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 48(1) dalam suatu tahun taksiran, tiada premium tahunan yang dikehendaki untuk dibayar oleh anggota penerima deposit bagi tahun taksiran itu; dan

(b)

selepas tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 48(1) dalam suatu tahun taksiran, tiada premium pertama yang dikehendaki untuk dibayar oleh anggota penerima deposit baharu itu.

(4)

Bagi mengelakkan keraguan, jika pihak pemindah merupakan anggota penerima deposit yang telah diluluskan di bawah perenggan 15(1)(a) Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan perbankan

Islam dan perniagaan perbankan Islamnya dipindahkan kepada anggota penerima deposit baharu di bawah suatu skim pemindahan perniagaan sebelum tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 48(1) dalam suatu tahun taksiran, tiada premium tahunan yang dikehendaki untuk dibayar oleh anggota penerima deposit bagi tahun taksiran itu berkenaan dengan perniagaan perbankan Islam.

(5)

Bagi mengelakkan keraguan, kadar yang berbeza boleh ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) bagi kategori yang anggota penerima deposit baharu dikelaskan di bawah peraturan-peraturan premium dan kadar yang berbeza boleh terpakai bagi kategori anggota penerima deposit baharu yang berbeza.

(6)

Anggota penerima deposit baharu hendaklah membayar premium pertama kepada Perbadanan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh ia menjadi anggota atau apa-apa tempoh lain yang boleh ditentukan oleh Perbadanan.”.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1647

Seksyen baharu 47a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 47

seksyen yang berikut:

“Pengiraan premium pertama berkenaan dengan anggota penerima deposit baharu 47a.  (1)  Premium pertama hendaklah dikira seperti yang berikut:

(a)

premium pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penerima deposit baharu hendaklah dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri;

(b)

premium pertama deposit Islam dan konvensional hendaklah dikira secara berasingan; dan

(c)

kadar premium yang terpakai bagi setiap anggota penerima deposit baharu hendaklah berdasarkan apa-apa kriteria yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan.

(2)

Premium pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penerima deposit baharu hendaklah berdasarkan penyata yang diperakui oleh ketua eksekutif anggota penerima deposit baharu itu dan dikemukakan dalam apa-apa bentuk dan dalam tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbadanan.”.

Pindaan seksyen 48

Subseksyen 48(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “Tiap-tiap” dengan perkataan “Tertakluk kepada perenggan 47(3)(a) dan subseksyen 49a(1), tiap-tiap”; dan

(b)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “menjadi anggota penerima deposit” dengan perkataan “menjadi institusi anggota”.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

11

Pindaan seksyen 49

Subseksyen 49(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “Premium tahunan”

dengan perkataan “Tertakluk kepada seksyen 49a, premium tahunan”; dan

(b)

dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) premium tahunan yang kena dibayar oleh suatu anggota penerima deposit hendaklah dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri;”.

Seksyen baharu 49a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 49

seksyen yang berikut:

“Premium tahunan berkenaan dengan anggota penerima deposit di bawah skim pemindahan perniagaan 49a.  (1)  Jika perniagaan satu atau lebih pihak pemindah dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penerima deposit (dalam subseksyen ini disebut sebagai “anggota penerima pindahan”) sebelum tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 48(1) dalam suatu tahun taksiran—

(a)

anggota penerima pindahan hendaklah membayar premium tahunan bagi tahun taksiran itu yang dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh

Menteri;

(b)

premium tahunan yang kena dibayar di bawah perenggan (a) hendaklah—

(i)

berdasarkan kadar dan tertakluk kepada amaun minimum yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan; dan

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1647

(ii)

dikira mengikut apa-apa cara dan dibayar dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan;

(c)

pihak pemindah tidak dikehendaki untuk membayar premium tahunan di bawah seksyen 48 bagi tahun taksiran itu; dan

(d)

bagi mengelakkan keraguan, jika pihak pemindah merupakan anggota penerima deposit yang telah diluluskan di bawah perenggan 15(1)(a) Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam dan perniagaan perbankan

Islamnya dipindahkan di bawah suatu skim pemindahan perniagaan kepada anggota penerima pindahan sebelum tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 48(1) dalam suatu tahun taksiran, tiada premium tahunan yang dikehendaki untuk dibayar oleh anggota penerima deposit bagi tahun taksiran itu berkenaan dengan perniagaan perbankan

Islam.

(2)

Jika perniagaan satu atau lebih bukan anggota penerima deposit dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penerima deposit (dalam subseksyen ini disebut sebagai “anggota penerima pindahan”) selepas tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 48(1)

dalam suatu tahun taksiran—

(a)

anggota penerima pindahan itu hendaklah, walaupun ia telah membayar premium tahunan di bawah subseksyen 48(1), membayar premium tahunan tambahan yang dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; dan

(b)

premium tahunan tambahan yang kena dibayar di bawah perenggan (a) hendaklah—

(i)

berdasarkan kadar dan tertakluk kepada amaun minimum yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan; dan

(ii)

dikira mengikut apa-apa cara dan dibayar dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(3)

Bagi mengelakkan keraguan, kadar yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) dan amaun minimum yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berhubung dengan kategori yang anggota penerima deposit dikelaskan di bawah peraturan-peraturan premium dan kadar dan amaun minimum yang berbeza boleh terpakai bagi kategori yang berbeza.

(4)

Mana-mana anggota penerima deposit yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit dan hendaklah, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.”.

Pindaan seksyen 54

Seksyen 54 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula peruntukan yang sedia ada sebagai subseksyen (1);

(b)

dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula, dengan menggantikan perkataan “Apa-apa” dengan perkataan

“Tertakluk kepada subseksyen (2), apa-apa”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Menteri boleh, atas syor Perbadanan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—

(a)

memperuntukkan pengurangan sebahagian atau keseluruhan, penepian, pembayaran balik atau rebat amaun apa-apa premium atau surcaj premium kepada mana-mana anggota penerima deposit; dan

(b)

menentukan apa-apa syarat berkenaan dengan perenggan (a).”.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1647

Pindaan seksyen 63

Seksyen 63 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “deposit berkaitan indeks” dengan perkataan “pelaburan berkaitan derivatif yang ditentukan sebelumnya sebagai diinsuranskan oleh Perbadanan”;

(b)

dengan menggantikan perkataan “suatu deposit yang dipegang oleh anggota penerima deposit” dengan perkataan

“pelaburan berkaitan derivatif yang dipegang oleh anggota penerima deposit dan ditentukan sebelumnya sebagai diinsuranskan oleh Perbadanan”; dan

(c)

dengan menggantikan perkataan “berkenaan dengan deposit itu” dengan perkataan “berkenaan dengan pelaburan berkaitan derivatif itu”.

Pindaan seksyen 67

Seksyen 67 Akta ibu dipinda dalam nota bahu dengan menggantikan perkataan “tuntutan” dengan perkataan “tindakan”.

Pindaan seksyen 69

Subseksyen 69(6) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “atau (h)” dengan perkataan “, (g) atau (i)”.

Seksyen baharu 70a

(a)

“jumlah deposit diinsuranskan” ertinya jumlah deposit yang diinsuranskan secara berasingan sebagai deposit Islam atau deposit konvensional di bawah seksyen 42, dikira mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan;

(b)

“pihak pemindah” ertinya seseorang, termasuk suatu anggota penerima deposit, yang memindahkan perniagaannya di bawah skim pemindahan perniagaan;

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1647

(c)

“skim pemindahan perniagaan” merujuk kepada suatu skim pemindahan bagi keseluruhan atau bahagian material perniagaan penerima deposit; dan

(d)

“tarikh pemindahan” ertinya tarikh suatu skim pemindahan perniagaan berkuat kuasa sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(c), Perbadanan boleh menentukan perkara yang menjadi suatu bahagian material perniagaan penerima deposit.”.

Penggantian seksyen 47

Bab 2 Bahagian V seksyen yang berikut:

“Takrif 70a. (1) Bagi maksud Bab ini—

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 71 dengan seksyen yang berikut:

“Levi pertama berkenaan dengan anggota penanggung insurans baharu

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Perbadanan hendaklah mentaksir dan memungut levi pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penanggung insurans baharu bagi tahun taksiran yang ia menjadi suatu institusi anggota seperti yang berikut:

(b)

suatu amaun berdasarkan suatu kadar yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan dan dikira mengikut seksyen 71a, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

(2)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (3), jika perniagaan satu atau lebih pihak pemindah dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penanggung insurans baharu, Perbadanan hendaklah mentaksir dan memungut levi pertama yang kena dibayar oleh anggota penanggung insurans baharu seperti yang berikut:

(a)

dua ratus lima puluh ribu ringgit; atau

Undang-Undang Malaysia 16

Akta A1647

(b)

suatu amaun berdasarkan suatu kadar yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan dan dikira mengikut seksyen 71a, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

(3)

Jika perniagaan satu atau lebih anggota penanggung insurans sahaja dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penanggung insurans baharu—

(a)

sebelum tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 72(1) dalam suatu tahun taksiran, tiada levi tahunan yang dikehendaki untuk dibayar oleh anggota penanggung insurans bagi tahun taksiran itu; dan

(b)

selepas tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 72(1) dalam suatu tahun taksiran, tiada levi pertama yang dikehendaki untuk dibayar oleh anggota penanggung insurans baharu itu.

(4)

Bagi mengelakkan keraguan, kadar yang berbeza boleh ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) bagi kategori yang anggota penanggung insurans baharu dikelaskan di bawah peraturan-peraturan levi dan kadar yang berbeza boleh terpakai bagi kategori anggota penanggung insurans baharu yang berbeza.

(5)

Anggota penanggung insurans baharu hendaklah membayar levi pertama kepada Perbadanan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh ia menjadi suatu anggota atau apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh Perbadanan.”.

Seksyen baharu 71a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 71

seksyen yang berikut:

“Pengiraan levi pertama berkenaan dengan anggota penanggung insurans baharu 71a.  (1)  Levi pertama hendaklah dikira seperti yang berikut:

(a)

levi pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penanggung insurans baharu hendaklah dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(b)

levi pertama berkenaan dengan perniagaan takaful keluarga, takaful am, insurans hayat dan insurans am hendaklah dikira secara berasingan; dan

(c)

kadar levi yang terpakai bagi setiap anggota penanggung insurans baharu hendaklah berdasarkan apa-apa kriteria yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan.

(2)

Levi pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penanggung insurans baharu hendaklah berdasarkan penyata yang diperakui oleh ketua eksekutif anggota penanggung insurans baharu itu dan dikemukakan dalam apa-apa bentuk dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbadanan.”.

Pindaan seksyen 72

Seksyen 72 Akta ibu dipinda—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Tiap-tiap” dengan perkataan “Tertakluk kepada perenggan 71(3)(a)

dan subseksyen 73a(1), tiap-tiap”; dan

(ii)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “ia menjadi anggota penanggung insurans”

dengan perkataan “ia menjadi institusi anggota”;

dan

(b)

dalam teks bahasa kebangsaan, dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “anggota penanggung insurans” perkataan “bagi suatu tahun taksiran”.

Pindaan seksyen 73

Seksyen 73 Akta ibu dipinda—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Levi tahunan”

dengan perkataan “Tertakluk kepada seksyen 73a, levi tahunan”;

Undang-Undang Malaysia 18

Akta A1647

(ii)

dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:

“(b) levi tahunan yang kena dibayar oleh suatu anggota penanggung insurans hendaklah dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri;”;

(iii)

dengan memotong perenggan (c), (d) dan (e); dan

(iv)

dengan menggantikan perenggan (f) dengan perenggan yang berikut:

“(f) levi tahunan berkenaan dengan perniagaan takaful keluarga, takaful am, insurans hayat dan insurans am hendaklah dikira secara berasingan.”; dan

(b)

dengan memotong subseksyen (2).

Seksyen baharu 73a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 73

seksyen yang berikut:

“Levi tahunan berkenaan dengan anggota penanggung insurans di bawah skim pemindahan perniagaan 73a.  (1)  Jika perniagaan satu atau lebih pihak pemindah dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penanggung insurans (dalam subseksyen ini disebut sebagai “anggota penerima pindahan”) sebelum tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 72(1)

dalam suatu tahun taksiran—

(a)

anggota penerima pindahan hendaklah membayar levi tahunan bagi tahun taksiran itu yang dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(b)

levi tahunan yang kena dibayar di bawah perenggan (a) hendaklah—

(i)

berdasarkan kadar dan tertakluk kepada amaun minimum yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan; dan

(ii)

dikira mengikut apa-apa cara dan dibayar dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan

(c)

pihak pemindah tidak dikehendaki untuk membayar levi tahunan di bawah seksyen 72 bagi tahun taksiran itu.

(2)

Jika perniagaan satu atau lebih bukan anggota penanggung insurans dipindahkan di bawah skim pemindahan perniagaan kepada suatu anggota penanggung insurans (dalam subseksyen ini disebut sebagai “anggota penerima pindahan”)

selepas tarikh kena bayar tahunan yang disebut dalam subseksyen 72(1) dalam suatu tahun taksiran—

(a)

anggota penerima pindahan itu hendaklah, walaupun ia telah membayar levi tahunan di bawah subseksyen 72(1), membayar levi tahunan tambahan yang dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; dan

(b)

levi tahunan tambahan yang kena dibayar di bawah perenggan (a) hendaklah—

(i)

berdasarkan kadar dan tertakluk kepada amaun minimum yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan; dan

(ii)

dikira mengikut apa-apa cara dan dibayar dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan, kadar yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) dan amaun minimum yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berhubung

Undang-Undang Malaysia 20

Akta A1647

dengan kategori yang anggota penanggung insurans dikelaskan di bawah peraturan-peraturan levi dan kadar dan amaun minimum yang berbeza boleh terpakai bagi kategori yang berbeza.

(4)

Mana-mana anggota penanggung insurans yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit dan hendaklah, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.”.

Pindaan seksyen 78

Seksyen 78 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula peruntukan yang sedia ada sebagai subseksyen (1);

(b)

dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula, dengan menggantikan perkataan “Apa-apa” dengan perkataan

“Tertakluk kepada subseksyen (2), apa-apa”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Menteri boleh, atas syor Perbadanan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—

(a)

memperuntukkan pengurangan sebahagian atau keseluruhan, penepian, pembayaran balik atau rebat amaun apa-apa levi atau surcaj levi kepada mana-mana anggota penanggung insurans; dan

(b)

menentukan apa-apa syarat berkenaan dengan perenggan (a).”.

Pindaan seksyen 93

Seksyen 93 Akta ibu dipinda dalam nota bahu dengan menggantikan perkataan “tuntutan” dengan perkataan “tindakan”.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

21

Seksyen baharu 97a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 97

seksyen yang berikut:

“Perancangan resolusi 97a.  Perbadanan boleh merangka, mengkaji semula dan meminda pelan resolusi bagi resolusi teratur sesuatu institusi anggota.”.

Pindaan seksyen 102

Subseksyen 102(4) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “subseksyen 64(1)” dengan perkataan “subseksyen 116(1)”;

(b)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“seksyen 64” dengan perkataan “seksyen 116”; dan

(c)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen 64(9) dan (10)” dengan perkataan

“seksyen 122 dan subseksyen 116(9), 116(10) dan 116(12)”.

Pindaan seksyen 129

Seksyen 129 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“seksyen 217 dan 218 dan subseksyen 221(1)” dengan perkataan

“seksyen 464, 465 dan 466 dan subseksyen 469(1) dan (2)”.

Pindaan seksyen 131a

Subseksyen 131 a(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “perenggan 236(1)(a)” dengan perkataan

“subperenggan 1(a) Bahagian II Jadual Kedua Belas kepada”.

Pindaan seksyen 131b

Subseksyen 131b(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “perenggan 236(1)(a)” dengan perkataan

“subperenggan 1(a) Bahagian II Jadual Kedua Belas kepada”.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta A1647

Pindaan seksyen 132

Seksyen 132 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“seksyen 228” dengan perkataan “subseksyen 478(1)”; dan

(b)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen 232(3)” dengan perkataan “subseksyen 479(2)”.

Pindaan seksyen 133

Seksyen 133 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“subseksyen 237(4)” dengan perkataan “subseksyen 487(4)”.

Pindaan seksyen 134

Seksyen 134 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“subseksyen 292(1)” dengan perkataan “subseksyen 527(1)”.

Pindaan seksyen 134a

Seksyen 134a Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (2)(a), dengan memasukkan selepas perkataan “perniagaan perbankan Islamnya” perkataan

“termasuk kumpulan wang perbankan Islam atau mana-mana akaun yang ditubuhkan di bawah subseksyen 15(3)

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, tertakluk kepada perenggan (aa)”;

(i)

dengan menggantikan perkataan “subseksyen 292(1)”

dengan perkataan “subseksyen 527(1)”; dan

(ii)

dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan itu;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan (2)(a), perenggan yang berikut:

“(aa) walau apa pun subseksyen 527(1) Akta Syarikat 2016, tetapi tertakluk kepada apa-apa kos dan perbelanjaan penggulungan yang dinyatakan dalam perenggan 527(1)(a) Akta Syarikat 2016

yang dibelanjakan secara langsung dalam menyelesaikan aset akaun pelaburan itu dan apa-apa cukai yang dinyatakan dalam perenggan 527(1)(f) Akta Syarikat 2016 yang berpunca daripada akaun pelaburan, aset akaun pelaburan yang diuruskan oleh anggota penerima deposit itu di Malaysia, hendaklah tersedia, dalam turutan yang dinyatakan seperti yang berikut:

(i)

untuk membayar kos atau perbelanjaan akaun pelaburan yang belum selesai;

(ii)

untuk membayar apa-apa keuntungan, fi, perolehan atau saraan lain yang kena dibayar kepada anggota penerima deposit itu; dan

(iii)

untuk memenuhi liabiliti kepada pemegang akaun pelaburan; dan”; dan

Penggantian seksyen 134b

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 134b dengan seksyen yang berikut:

“Keutamaan pembayaran dalam penggulungan anggota penerima deposit yang merupakan suatu bank Islam 134b.  Dalam penggulungan suatu anggota penerima deposit yang merupakan suatu bank Islam di dalam atau di luar

Malaysia—

(a)

aset anggota penerima deposit itu, tertakluk kepada perenggan (b) hendaklah tersedia untuk menunaikan semua liabiliti anggota penerima deposit itu berkenaan dengan deposit Islamnya di Malaysia dalam keutamaan

Undang-Undang Malaysia 24

Akta A1647

daripada semua liabiliti tidak bercagar lain anggota penerima deposit itu selain hutang keutamaan yang dinyatakan dalam subseksyen 527(1) Akta Syarikat 2016

dalam turutan yang dinyatakan dalam subseksyen itu dan hutang yang kena dibayar dan tuntutan terhutang kepada Kerajaan di bawah seksyen 10

Akta Prosiding Kerajaan 1956 dan aturan keutamaan bagi pembayaran kategori deposit Islam yang berlainan boleh ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 209; dan

(b)

walau apa pun subseksyen 527(1) Akta Syarikat 2016, tetapi tertakluk kepada apa–apa kos dan perbelanjaan penggulungan yang dinyatakan dalam perenggan 527(1)(a) Akta Syarikat 2016 yang dibelanjakan secara langsung dalam menyelesaikan aset akaun pelaburan itu dan apa–apa cukai yang dinyatakan dalam perenggan 527(1)(f)

Akta Syarikat 2016 yang berpunca daripada akaun pelaburan, aset akaun pelaburan yang diuruskan oleh anggota penerima deposit itu di Malaysia, hendaklah tersedia, dalam turutan yang dinyatakan seperti yang berikut:

(i)

untuk membayar kos atau perbelanjaan akaun pelaburan yang belum selesai;

(ii)

untuk membayar apa–apa keuntungan, fi, perolehan atau saraan lain yang kena dibayar kepada anggota penerima deposit itu; dan

(iii)

untuk memenuhi liabiliti kepada pemegang akaun pelaburan.”.

Pindaan seksyen 137

Perenggan 137(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 243 dan 249 dan subseksyen 236(3), 277(2),

277(3) dan 277(4)” dengan perkataan “seksyen 492, 493, 494,

502 dan 510 dan subseksyen 486(2)”.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

25

Pindaan seksyen 138

Seksyen 138 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen 235(3)” dengan perkataan “seksyen 485”; dan

(b)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan

“borang yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen 281(1)” dengan perkataan “dokumen yang disebut dalam subseksyen 514(1)”.

Pindaan seksyen 139

Seksyen 139 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“seksyen 234” dengan perkataan “seksyen 484”.

Pindaan seksyen 142a

Seksyen 142a Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “perenggan 292(1)(f)” dengan perkataan

“perenggan 527(1)(f)”; dan

(b)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen 292(1)” dengan perkataan “subseksyen 527(1)”.

Pindaan seksyen 142b

Seksyen 142b Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen 292(1)” dengan perkataan “subseksyen 527(1)”;

dan

(b)

dalam perenggan (2)(c), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen 292(1)” dengan perkataan “subseksyen 527(1)”.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta A1647

Pindaan seksyen 144

Perenggan 144(1)(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 176, 237, 241, 242, 246, 267 dan 278”

dengan perkataan “seksyen 366, 367, 368, 370, 487, 499

dan 512, subseksyen 454(2) dan 454(3) dan perenggan 1, 2, 5,

6, 7, 8, 9, 10, 11, 12 dan 13 Jadual Kesepuluh”.

Pindaan seksyen 146

Perenggan 146(3)(c) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “(E)” dengan perkataan “(F)”.

Seksyen 47

Pindaan seksyen 150

Perenggan 150(2)(b) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Bahagian IV” perkataan “dan Bab 2 Bahagian V”.

Pindaan seksyen 160

Subseksyen 160(1) Akta ibu dipinda dalam takrif

“pemiutang bercagar”, dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan “sekuriti boleh dipasarkan (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965)” dengan perkataan “sekuriti”.

Pindaan seksyen 181

Subseksyen 181(1) Akta ibu dipinda dalam takrif “pengarah”

dengan menggantikan perkataan “seksyen 4” dengan perkataan

“seksyen 2”.

Pindaan seksyen 182

Seksyen 182 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“, sekiranya ia dilakukan oleh atau terhadap orang perseorangan, akan menjadi batal atau boleh batal jika dilakukan semasa dia dalam keadaan bankrap di bawah

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

27

undang-undang kebankrapan” dengan perkataan “akan menjadi batal atau boleh batal jika dalam keadaan orang terjejas digulung di bawah Akta Syarikat 2016”; dan

(i)

dengan menggantikan perkataan “undang-undang kebankrapan” dengan perkataan “Akta Syarikat 2016”;

dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “kesan kebankrapan”

dengan perkataan “kesan penggulungan”.

Pindaan seksyen 186

Subseksyen 186(7) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “cagaran boleh pasar” dengan perkataan “sekuriti”.

Pindaan seksyen 207a

Seksyen 207a Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “subseksyen 132(1)” dengan perkataan “subseksyen 213(1)”.

Pindaan seksyen 209

Subseksyen 209(3) Akta ibu dipinda dengan memotong perenggan (ea).

Pindaan Jadual Kedua

Jadual Kedua kepada Akta ibu dipinda—

(A)

d e n g a n m e n g g a n t i k a n p e r k a t a a n

“perenggan 6a(9)(b)” dengan perkataan

“perenggan 8(9)(b)”; dan

Undang-Undang Malaysia 28

Akta A1647

(B)

dengan memasukkan selepas perkataan “wang”

perkataan “atau pemberian pembiayaan”;

dan

(ii)

dalam subsubperenggan (b), dengan menggantikan perkataan “seksyen 6a” dengan perkataan

“seksyen 8”; dan

(b)

dalam subperenggan 6(2), dengan menggantikan perkataan “subseksyen 112a(1)” dengan perkataan

“subseksyen 359(1)”.

Pindaan Jadual Ketiga

Jadual Ketiga kepada Akta ibu dipinda—

(A)

d e n g a n m e n g g a n t i k a n p e r k a t a a n

“perenggan 6a(9)(b)” dengan perkataan

“perenggan 8(9)(b)”; dan

(B)

dengan memasukkan selepas perkataan “wang”

perkataan “atau pemberian pembiayaan”;

dan

(ii)

dalam subsubperenggan (b), dengan menggantikan perkataan “seksyen 6a” dengan perkataan

“seksyen 8”; dan

(b)

dalam subperenggan 7(2), dengan menggantikan perkataan “subseksyen 112a(1)” dengan perkataan

“subseksyen 359(1)”.

Kecualian

(1)

Segala sebutan mengenai “deposit berkaitan indeks” dalam

Akta ibu hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pelaburan berkaitan derivatif”.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(2)

Walau apa pun subsubperenggan 41(1)(a)(EA), semua pelaburan berkaitan derivatif yang telah ditentukan sebelumnya sebagai diinsuranskan oleh Perbadanan hendaklah terus diinsuranskan oleh Perbadanan sehingga ia matang, dikeluarkan sepenuhnya atau selainnya ditamatkan, mengikut mana-mana yang lebih awal.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan, deposit Islam yang diterima oleh suatu anggota penerima deposit di bawah Akta Perbankan

Islam 1983 [Akta 276] yang dimansuhkan yang disifatkan sebagai deposit Islam di bawah seksyen 288 Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013 dan yang telah ditentukan sebagai diinsuranskan oleh Perbadanan hendaklah terus diinsuranskan oleh Perbadanan sehingga mereka terhenti disifatkan sebagai deposit Islam di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

(a)

“pihak pemindah” ertinya seseorang, termasuk suatu anggota penanggung insurans, yang memindahkan perniagaannya di bawah skim pemindahan perniagaan;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(b)

“skim pemindahan perniagaan” merujuk kepada suatu skim pemindahan bagi keseluruhan atau bahagian material perniagaan takaful keluarga atau insurans hayat atau perniagaan takaful am atau insurans am;

dan

(c)

“tarikh pemindahan” ertinya tarikh suatu skim pemindahan perniagaan berkuat kuasa sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(b), Perbadanan boleh menentukan perkara yang menjadi suatu bahagian material perniagaan takaful keluarga atau insurans hayat atau perniagaan takaful am atau insurans am.”.

Penggantian seksyen 71

Common questions

What is Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2022?
Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2022 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1647 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
Is Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2022 still in force?
Yes — Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2022 is currently in force.
When did Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2022 take effect?
Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2022 was first recorded in 2022.
How many sections does Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2022 have?
Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2022 contains 58 sections.
Where can I read the official version of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2022?
The official text of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2022 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Perbadanan Insurans Deposit… (A1647) | mylaw.my