Bagi maksud subseksyen (2), jika tiada tribunal timbang tara dilantik pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (2)(b), penzahiran atau penyampaian di bawah subseksyen (1) kepada tribunal timbang tara hendaklah dibuat dengan segera selepas tribunal timbang tara dilantik.
Penzahiran mengenai penamatan atau berakhirnya perjanjian pembiayaan pihak ketiga 46h. Jika suatu perjanjian pembiayaan pihak ketiga ditamatkan atau telah berakhir, pihak yang dibiaya hendaklah, dalam masa lima belas hari selepas penamatan atau berakhirnya perjanjian pembiayaan pihak ketiga itu, menzahirkan atau menyampaikan kepada pihak lain kepada timbang tara itu, dan tribunal timbang tara
Timbang Tara (Pindaan)
13
atau mahkamah yang di hadapannya prosiding dibawa berkenaan dengan timbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika ada, fakta bahawa perjanjian pembiayaan pihak ketiga itu telah ditamatkan atau telah berakhir dan tarikh penamatan perjanjian pembiayaan pihak ketiga itu atau tarikh perjanjian pembiayaan pihak ketiga itu berakhir.
Ketidakpatuhan terhadap seksyen 46f, 46g dan 46h 46i. (1) Apa-apa ketidakpatuhan terhadap mana-mana peruntukan di bawah seksyen 46f, 46g dan 46h tidak boleh, dengan sendirinya, menyebabkan pembiaya pihak ketiga dikenakan apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang.