Seksyen 6
Seksyen 13 Akta ibu dipinda—
of Akta Timbang Tara (Pindaan) 2024
(a)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Bagi maksud subseksyen (3), jika terdapat berbilang pihak menuntut atau berbilang responden, semua pihak menuntut hendaklah secara bersesama melantik seorang penimbang tara dan semua responden hendaklah secara bersesama melantik seorang penimbang tara.”;
(b)
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia
(Malaysia)” dengan perkataan “Presiden”;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1737
(c)
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia
(Malaysia)” dengan perkataan “Presiden”;
(d)
dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan
“Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia
(Malaysia)” dengan perkataan “Presiden”;
(e)
dalam subseksyen (7), dengan menggantikan perkataan
“Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia
(Malaysia)” dengan perkataan “Presiden”;
(f)
dalam subseksyen (8), dengan menggantikan perkataan
“Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia
(Malaysia)” dengan perkataan “Presiden”; dan
(g)
dalam subseksyen (9), dengan menggantikan perkataan
“Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia
(Malaysia)” dengan perkataan “Presiden”.
Pindaan seksyen 17