Skip to content

Seksyen 5

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 9

of Akta Timbang Tara (Pindaan) 2024

Amendment ActIn forceProvision 5 of 12
Seksyen 5

seksyen yang berikut:

“Undang-undang yang terpakai bagi perjanjian timbang tara 9a.  (1)  Pihak-pihak adalah bebas untuk bersetuju mengenai undang-undang yang terpakai bagi perjanjian timbang tara.

(2)

Jika pihak-pihak gagal bersetuju di bawah subseksyen (1), undang-undang yang terpakai bagi perjanjian timbang tara ialah undang-undang tempat timbang tara.

(3)

Persetujuan oleh pihak-pihak mengenai undang-undang yang terpakai bagi suatu perjanjian yang perjanjian timbang tara menjadi sebahagian daripadanya tidaklah menjadi suatu persetujuan yang nyata bahawa undang-undang itu jugalah yang akan terpakai bagi perjanjian timbang tara itu.”.

Pindaan seksyen 13