Skip to content
In forceUpdated to 29 Dec 2015Read it in English

Bahagian III · Pelesenan

19. Pembaharuan lesen

Feedback & support
(1)

Seseorang pemegang lesen boleh memohon untuk memperbaharui lesennya tidak lewat daripada enam puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen itu dalam apa-apa bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Seseorang pemegang lesen hendaklah memberikan kepada

Lembaga apa-apa maklumat yang difikirkan oleh Lembaga perlu dan berkaitan bagi permohonan itu.

(3)

Lembaga boleh, apabila menerima suatu permohonan bagi pembaharuan lesen di bawah subseksyen (1), memperbaharui lesen atau menolak untuk memperbaharui lesen itu.

(4)

Jika suatu permohonan untuk suatu pembaharuan lesen diluluskan oleh Lembaga, lesen itu hendaklah diperbaharui apabila dibayar fi yang ditetapkan dan Lembaga boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya perlu.

Report

Bahagian IV

Perkara yang Berhubungan Dengan Kebajikan Haiwan

Bahagian V

Penganiayaan Terhadap Haiwan

Bahagian VI

Haiwan dalam Distres

Bahagian VII

Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Kuasa Sampingan Mahkamah

Bahagian IX

Schedules