Akta Kebajikan Haiwan 2015 · Updated to 29 Dec 2015 · Bahagian IX
56. Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan
Feedback & supportJika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya, mana-mana orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu ialah ketua pegawai eksekutif, pengarah, pengurus, setiausaha atau
Kebajikan Haiwan 45
pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa kapasiti sedemikian atau yang dalam apa-apa cara atau kepada apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
boleh dituduh secara berasingan atau bersama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu;
dan
jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira sifat fungsinya atas kapasiti itu dan segala keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah-langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan ketelitian yang wajar untuk mencegah perlakuan kesalahan itu.
Kegagalan mematuhi perintah yang sah