Akta Kebajikan Haiwan 2015 · Updated to 29 Dec 2015 · Bahagian III · Pelesenan
15. Kehendak bagi lesen
Feedback & support(1)
Tiada seorang pun boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan haiwan yang dinyatakan dalam Jadual melainkan jika dia memegang suatu lesen yang sah yang diberikan di bawah
Akta ini.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), lesen tidak diperlukan untuk aktiviti penyembelihan haiwan bagi maksud keagamaan dan adat.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima belas ribu ringgit dan tidak lebih daripada tujuh puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya.
Kebajikan Haiwan 17