Skip to content
In forceUpdated to 29 Dec 2015Read it in English

Bahagian IV · Perkara yang Berhubungan Dengan Kebajikan Haiwan

27. Pengangkutan haiwan

Feedback & support
(1)

Seseorang pemunya atau pengendali mana-mana pengangkut hendaklah mempunyai kewajipan untuk menyediakan—

(a)

kemudahan yang mencukupi, bersih dan sanitasi; dan

(b)

makanan dan air yang cukup, kepada haiwan yang diangkut dalam pengangkut itu bagi memastikan penghantaran selamat haiwan itu kepada penerima konsainan di tempat konsainan.

Undang-Undang Malaysia 24

(2)

Tiada seorang pun boleh mengurung atau mengekang dengan kejam haiwan yang diangkut dalam pengangkut di bawah subseksyen (1).

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima belas ribu ringgit dan tidak lebih daripada tujuh puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Penganiayaan Terhadap Haiwan

Bahagian VI

Haiwan dalam Distres

Bahagian VII

Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Kuasa Sampingan Mahkamah

Bahagian IX

Schedules