Akta Kebajikan Haiwan 2015 · Updated to 29 Dec 2015 · Bahagian V · Penganiayaan Terhadap Haiwan
33. Kegagalan menjalankan jagaan dan pengawasan yang munasabah
Feedback & support(1)
Mana-mana orang yang tidak menjalankan jagaan dan pengawasan yang munasabah yang berhubungan dengan perlindungan haiwan daripada penganiayaan atau kebajikan haiwan, melakukan suatu kesalahan di bawah Bahagian ini atau mana-mana kesalahan yang berhubungan dengan kebajikan haiwan mengikut pengertian
Akta ini.
(2)
Seseorang yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atas sebab kecuaian tidak boleh dipenjarakan tanpa memberikannya pilihan untuk denda.