Skip to content
In forceUpdated to 29 Dec 2015Read it in English

Bahagian IX

64. Peruntukan peralihan

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, sedang menjalankan aktiviti yang baginya Akta ini terpakai hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon untuk mendapatkan lesen di bawah seksyen 16 dan permohonan itu hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan baru dan bukanlah sebagai permohonan bagi pembaharuan lesen.

(2)

Apabila diterima suatu permohonan di bawah subseksyen (1),

Lembaga hendaklah mengeluarkan perakuan penerimaan kepada orang itu.

(3)

Sementara menunggu keputusan permohonan, seseorang itu boleh terus menjalankan aktiviti itu.

Undang-Undang Malaysia 50

Report

Schedules