Skip to content
In forceUpdated to 23 Jan 2026Read it in English

Bahagian IV · Institusi Pendidikan di Bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966

12. Kewajipan institusi pendidikan

Feedback & support
(1)

Bagi maksud Bahagian ini, mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi pentadbiran, pengurusan dan pengawalseliaan institusi pendidikan hendaklah memastikan bahawa institusi pendidikan itu—

(a)

menubuhkan dan menyenggarakan suatu jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

(b)

melaksanakan polisi, garis panduan dan tatacara berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

(c)

mewujudkan suatu saluran yang boleh diakses dan peka kanak-kanak, dan mematuhi kerahsiaan maklumat bagi mana-mana pelajar untuk melaporkan kes buli;

(d)

mewujudkan dan menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial bagi maksud menguruskan dan mencegah kes buli;

(e)

menyediakan latihan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli sebagaimana yang ditentukan oleh institusi pendidikan; dan

(f)

mencapai standard pematuhan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

Antibuli 15

(2)

Majlis boleh, dari semasa ke semasa, menyebabkan supaya diaudit institusi pendidikan bagi maksud pengawasan dan penilaian pematuhan kewajipan yang disebut dalam subseksyen (1).

(3)

Apa-apa dapatan yang telah dibuat sebagai suatu keputusan audit yang dijalankan menurut subseksyen (2) hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

Report

Bahagian V

Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pertahanan

Bahagian VI

Institusi di Bawah Akta Kanak-Kanak 2001

Bahagian VII

Tribunal bagi Antibuli

Bahagian VIII

Fungsi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia di Bawah Akta Ini

Bahagian IX

Schedules