Skip to content
In forceUpdated to 23 Jan 2026Read it in English

Bahagian II · Buli

3. Buli

Feedback & support
(1)

Buli ertinya apa-apa perbuatan yang disengajakan dan ditujukan kepada mangsa dengan apa-apa cara, sama ada dilakukan secara berulang atau dalam suatu kejadian yang serius yang menyebabkan kemudaratan fizikal, psikologi atau sosial kepada mangsa.

(2)

Buli yang disebut dalam subseksyen (1) boleh termasuk perbuatan yang berikut:

(a)

apa-apa perbuatan yang menyebabkan kemudaratan fizikal kepada mangsa atau barang kepunyaannya;

(b)

apa-apa penggunaan bahasa yang menghina, mengugut atau menjatuhkan maruah mangsa, yang menyebabkan kemudaratan kepada kesejahteraan psikologi mangsa;

(c)

apa-apa perbuatan yang diniatkan untuk mengasingkan mangsa secara sosial, merosakkan reputasi mangsa atau mewujudkan suatu persekitaran bermusuhan bagi mangsa;

(d)

apa-apa perbuatan yang memalukan atau mendiskriminasi mangsa berdasarkan jantina, ras, agama atau ketidakupayaan;

atau

(e)

apa-apa perbuatan yang disebut dalam perenggan (b), (c)

atau (d) yang dilakukan melalui komunikasi elektronik atau digital.

Undang-Undang Malaysia 10

Report

Bahagian III

Institusi Pendidikan di Bawah Akta Pendidikan 1996

Bahagian IV

Institusi Pendidikan di Bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966

Bahagian V

Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pertahanan

Bahagian VI

Institusi di Bawah Akta Kanak-Kanak 2001

Bahagian VII

Tribunal bagi Antibuli

Bahagian VIII

Fungsi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia di Bawah Akta Ini

Bahagian IX

Schedules