Skip to content
In forceUpdated to 23 Jan 2026Read it in English

Bahagian IX

50. Sekatan atas penyiaran

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh menyiarkan atau menyebabkan untuk disiarkan apa-apa maklumat dalam apa-apa akhbar atau majalah atau disampaikan melalui apa-apa perantara elektronik yang boleh membawa kepada pengenalpastian mana-mana kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding di bawah Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report