Akta Antibuli 2026 · Updated to 23 Jan 2026 · Bahagian V · Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pertahanan
17. Kewajipan institusi pendidikan
Feedback & supportBagi maksud Bahagian ini, mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi pentadbiran, pengurusan dan pengawalseliaan institusi pendidikan hendaklah memastikan bahawa institusi pendidikan itu—
menubuhkan dan menyenggarakan suatu jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;
melaksanakan polisi, garis panduan dan tatacara berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;
mewujudkan suatu saluran yang boleh diakses dan peka kanak-kanak, dan mematuhi kerahsiaan maklumat bagi mana-mana pelajar untuk melaporkan kes buli;
mewujudkan dan menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial bagi maksud menguruskan dan mencegah kes buli;
menyediakan latihan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli sebagaimana yang ditentukan oleh institusi pendidikan; dan
mencapai standard pematuhan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, menyebabkan supaya diaudit institusi pendidikan bagi maksud pengawasan dan penilaian pematuhan kewajipan yang disebut dalam subseksyen (1).
Apa-apa dapatan yang telah dibuat sebagai suatu keputusan audit yang dijalankan menurut subseksyen (2) hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Undang-Undang Malaysia 18