Seksyen 48
Fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini
Bagi maksud Bahagian ini, Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999
hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan oleh Akta ini.
(2)
Fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini hendaklah dijalankan oleh Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang dilantik di bawah seksyen 5 dan 6a Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia 1999.
(3)
Bagi maksud subseksyen (2), Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a)
untuk mengesyorkan kepada Kerajaan apa-apa langkah yang perlu atau sesuai untuk diambil untuk mencegah buli;
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 876
(b)
untuk menggalakkan kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan pencegahan buli;
(c)
untuk menasihatkan dan membantu Kerajaan dalam merumuskan dasar, garis panduan, perundangan atau arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu untuk diambil untuk mencegah buli;
(d)
untuk mengendalikan program, seminar dan bengkel yang berhubungan dengan pencegahan buli;
(e)
untuk menyebarkan dan mengedarkan keputusan apa-apa penyelidikan yang berhubungan dengan pencegahan buli;
dan
(f)
untuk menjalankan apa-apa fungsi lain yang perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya kepada peruntukan
Akta ini.
(4)
Dalam menjalankan fungsi di bawah Bahagian ini,
Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak hendaklah tertakluk kepada arahan Pengerusi.
(5)
Fungsi Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak di bawah Bahagian ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, fungsinya sebagai anggota Suruhanjaya.
(6)
Bagi maksud menjalankan fungsi di bawah subseksyen (3),
Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu, atau berkaitan dengan, atau yang bersampingan dengan, pelaksanaan fungsi tersebut.