Skip to content
In forceUpdated to 23 Jan 2026Read it in English

Bahagian III · Institusi Pendidikan di Bawah Akta Pendidikan 1996

8. Jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli

Feedback & support
(1)

Bagi maksud Bahagian ini, mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi pentadbiran, pengurusan dan pengawalseliaan institusi pendidikan hendaklah memastikan bahawa institusi pendidikan itu menubuhkan suatu jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(2)

Tiap-tiap jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai fungsi untuk—

(a)

menasihati institusi pendidikan dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

(b)

membantu institusi pendidikan dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan pencegahan dan pengurusan kes buli; dan

(c)

menerima, mengendalikan dan menjalankan pengantaraan bagi apa-apa aduan berhubung dengan apa-apa kes buli dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(3)

Walau apa pun perenggan (2)(c), jawatankuasa boleh, jika difikirkannya sesuai, merujuk aduan itu kepada Tribunal tertakluk kepada pengadu memberikan keizinan termaklum kepada rujukan itu.

Antibuli 13

Report

Bahagian IV

Institusi Pendidikan di Bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966

Bahagian V

Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pertahanan

Bahagian VI

Institusi di Bawah Akta Kanak-Kanak 2001

Bahagian VII

Tribunal bagi Antibuli

Bahagian VIII

Fungsi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia di Bawah Akta Ini

Bahagian IX

Schedules