Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001
[Akta 613], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini,
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1761
AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM,
PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN
HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM
(PINDAAN) 2025
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1761
dipinda dengan menggantikan tajuk panjang dengan tajuk panjang yang berikut:
“Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan pengubahan wang haram dan kesalahan pembiayaan aktiviti terhad termasuk percambahan senjata pemusnah besar-besaran, langkah-langkah yang hendaklah diambil bagi mencegah kesalahan pengubahan wang haram, kesalahan membiayai keganasan dan kesalahan membiayai aktiviti terhad dan untuk mengadakan peruntukan bagi pelucuthakan harta yang terlibat dalam atau yang diperoleh daripada kesalahan pengubahan wang haram, kesalahan pembiayaan keganasan dan kesalahan pembiayaan aktiviti terhad, serta harta pengganas dan harta pencambah, hasil daripada aktiviti haram dan peralatan kesalahan, dan bagi perkara yang bersampingan dan berkaitan dengannya.”.