Amendment Act · As enacted · 2 parts
Akta Timbang Tara (Pindaan) 2024
Feedback & supportAmends the Arbitration Act 2005Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Timbang Tara
(Pindaan) 2024.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
s 2Pindaan seksyen 2
Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646], yang disebut “Akta ibu”
dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan memasukkan selepas takrif “pihak” takrif yang berikut:
‘ “Presiden” ertinya Presiden Mahkamah Timbang Tara
Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia;’.
Undang-Undang Malaysia 4
s 3Pindaan seksyen 3
Seksyen 3 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2)—
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “Bahagian I, II dan IV” dengan perkataan “Bahagian I dan II, Bab 2 Bahagian III dan Bahagian IV”; dan
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “Bahagian III” dengan perkataan
“Bab 1 Bahagian III”;
dalam subseksyen (3)—
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “Bahagian I, II dan IV” dengan perkataan “Bahagian I dan II, Bab 2 Bahagian III dan Bahagian IV”; dan
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “Bahagian III” dengan perkataan
“Bab 1 Bahagian III”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Berkenaan dengan timbang tara antarabangsa, jika tempat timbang tara adalah bukan di Malaysia atau tiada tempat timbang tara tetapi apa-apa perkhidmatan berhubung dengan timbang tara itu diberikan di Malaysia,
Bab
Bab 2 Bahagian III Akta ini hendaklah terpakai.”; dan
Bahagian III